Thursday, March 09, 2006

Hampir Lima bulan Berlalu

Dalam diam tak diam aku dok sini dah hampir lima bulan – end of March 2006 nanti, menjak aku mai sini pada bulan Novmber 2005. Cepatnya masa berlalu dan tempoh kerja aku dekat sini pun hayat nya semakin hampir aitu setahun 7 bulan lagi....wafuh lamanya aku nak balik ke Malaysia. Ini kerana permohonan aku untuk pindah dari China base ke Kuala Lumpur base sudah pun di luluskan...syukur dan aku akan buat kerja untuk Asia Pacific sahaja selepas ini, ini pun kalau aku dengan company cina ni lagi.....apa nak buat, cari makan terpaksa lah tinggal anak bini. Aku kesian kan anak2 aku sekolah je, tak menentu kalau sini kejap sana kejap..kesian nanti dia orang naik pening dan tak leh carry on dia punya pelajaran..susah gak aku, jadi keputusan nya every 2 months terpaksa lah menjegok dia orang....jumpa sekali sekala ni best tau......

Dah lama aku tak masuk blog ni sebab last month teramat busy nya dengan kerja ofis dan site visit dengan customer. Last two days aku ke Kish Island, south of Iran – a free trade zone la konon...aku dok sana dua hari sebab nak tengok site untuk pasang telekomunikasi sistem 3G. Kalau sapa2 yang dah kesana boleh la bawak telephone 3G dah boleh di guna pakai dah...mulai bulan lepas....di pulau tersebut – apa yang aku nampak hanya lah gurun dan padang pasir dan cuaca nya amat lah panas kalau di banding kan dengan Mesia. Kerana pulau tu kecik dan gersang lak..bangunan ada la sikit2 boleh la hilang kan boring dok sana dua hari tu..jalan2 tapi semua harga nya macam petir....pisang 3-4 biji tu dalam RM10!!!!!! Gila ka apa orang ni...dia kata ” this is Iran”...kepala hanguk dia Iran.....apa aku peduli Iran ka apa ka..yang penting aku nak makan....dia orang ingat aku ni tak da duit ka apa? Mungkin dia ingat aku ni Philipine kot yang ramai2 kerja kat sana sebagai sales man dekat shopping complex...hanguk dia betul laaaa...muka aku ni macam Philipine ke apa? Aku rasa jawa-kelantan banyak laaaa.....apa la si bodoh iranian nih....dia ingat dok nak proub mak bapak dia zaman perkembangan empayar farsi dulu ke apa...ini zaman orang tak main empayar tu lagi..kalau dah dasar penipu penipu la jugak..bab kata kawan ni kalau jumpa la ular tedong tengah jalan sama dengan mamat iran nih...pukul kasi mati mamat iran ni dulu lagi baik...standard penipu...aku cukup benci dengan orang2 penipu macam nih..sama dengan kerani dekat ofis aku tu..sama penipu...ok sir, your ticket and your hotel already booked for you....macam t#$k aku rasa kena tipu dengan kerani tu bila aku pi sana hotel tak di tempah ...kurang ajar betul la minah ni, kalau lawa tak pa la ni entah apa2 DARAT dia tu...make up macam zaman firaun lak gaya nya....hai...geram betul aku....geram...

Satu lagi cerita penipu mamat iran ialah tentang tambang teksi...dah sah di tulis dari Imam Khoemeni International airport ke Esfandiyah Street, tempat apartment aku....dia pusing2 entah kemana, macam aku baru sampai la konon....dah pusing2 dia mintak lebih lak tambang...dia kata ni jauh...kepala hanguk dia, aku dah bayar la dekat airport IRR85000 = USD8.5 laaa...ini mintak lagi IRR20000 sebab alamat salah...ehhhh..cantik muka, aku tengok dia dah auta semacam...aku cakap please stop here...cakap orang putih la aku dengan driver yang bangang dan tak tahu cakap orang putih tu....aku pun turun pada hal itu depan rumah aku la....aku pun belah dia bising dalam kereta dia mintak duit lebih lagi..lantak la engkau penipu besar....aku kadang2 dok tempat orang ni aku sentiasa sabar, terutama dengan mat2 bangla, aku boleh lagi sabar sebab boleh runding walau pun berbelit2 macam ular sawa gak....ini tidak bongkak semacam dan tak mahu beralah walau pun ternyata dia salah dan dia penipu besar....sedih dan marah aku nih...tapi itu lah orang kata pengalaman di tempat orang...bab kata pepatah ” Masuk kandang kambing mengebek, masuk kandang rimau kena laaa bahammmmmm”.

Last 2 weeks aku sempat hadiri function yang di hadiri oleh embassy kita dan perwakilan dari Mesia, Datuk Joseph Gandum, timbalan menteri luar...dia datang dengan beberapa perwakilan lain dan update kan apa yang terjadi dekat Mesia selepas rombakan kabinet oleh Pak Lah...ala cerita mcam biasa la sambil2 kita dinner dan makan duit rakyat mesia kerana aku tak bayar cukai dah lama dah...biasa lah. Masa tu kami Mesia Association la konon ramai2 la pergi jumpa dan sambut akan tetamu kehormat kita nih sambil2 borak2 dan bercerita tentang perkembangan politik tanahair walau aku malas nak ambik tahu, tapi layan la gak...boleh la dibandingkan cerita surat khabar online dengan cerita dia di samping mendapat confirmation. Dimalam itu aku terjumpa la beberapa student Mesia yang belajar dekat sini, ada yang ambik Teology, ada ambik bidang agama dekat university Qom dekat south of Tehran, aku pun tak paham kenapa la mai belajar agama dekat sini, dekat suadi, dekat jordan kan, mesir kan banyak, tak kan le mai sini nak belajar jadi penipu lak....entah la...dia orang belajar kefahaman Syiah, suka hati hang lah....aku apa peduli. Lepas tu ada beberapa kawan dari Petronas dan company2 lain seperti Eriksson dan Nokia dok mai sini, budak melayu yang dengan eriksson ada lah dalam 5-6 orang melayu dan cina 10 orang dan india dalam 5 orang gitu lah, semua cari makan di sini....semua tinggal anak bini macam aku gak lah...itulah, susah nak cari pengalaman2 macam nih, sedih ada, gembira ada walau gembira nya sekali sekala.

Malam ni ada jamuan perpisahan isteri kepada Haji Halim, manager Petronas dah nak balik dah bersama dengan 3 anak2 nya. Haji Halim masih dok sini la sehingga bulan September nanti, ini bini dan anak2 nya dah tak tahan dok selama empat tahun dekat sini, bila pikir2 kesian gak kat bini dia tuh, walau tak de kawan dekat sini namun tetap tabah menunggu lakinya demi untuk bersama laki...itu mungkin dah sampai peringkat dah tak tahan dah tu, maka dia mengambil keputusan untuk balik Mesia lah...lagi best dok KL, semua ada..kawan ramai, sini nak cakap pun dia orang tak reti cakap orang putih...jadi lepas magrib nanti aku pergi la ucapkan selamat kembali ke Mesia kepada isteri kepada Haji Halim kita nih. Hai...bujang lak la si Tuan Haji kita nih....

Dekat Iran pada 20th March – 4th April akan bercuti sempena tahun baru dia, almost dua minggu, sayang nya aku tak leh balik sebab kapal terbang semuanya fully booked. Dah aku pun dapat le ticket pada 28th March 2006. Maka di petang tu aku akan balik ke Mesia dan mai sini dalam 7th April 2006 nanti...jadilah dapat tengok anak bini cukup la. Jadi sepanjang seminggu cuti dekat sini aku tak tahu nak buat apa setakat ini, masih tak da plan, silap2 aku dok rumah je sehingga 28 haribulan.