Wednesday, February 15, 2006

Cerita Dari Seorang Kawan

Cerita ini adalah tentang trajedi Ferry Egypt yang karam di Laut Merah, awal pagi Jumaat, 3 Feb. Lebih dari 1,000 orang (orang tua,dewasa,kanak2; lelaki dan perempuan) sehingga hari ini masih belum dijumpai dan disyaki tenggelam besama kapal- Al Fatihah kepada mereka yang syahid dalam trajedi ini.Hanya lebih kurang 400 orang berjaya diselamatkan oleh pihak penyelamat / bantuan kapal2 dagang.

Trajedi ini sungguh menyentuh perasaan saya, setelah saya dimaklumkan bahawa seorang kawan baik saya, bersama isteri dan 3 anaknya telah turut terlibat dalam nahas ini. Atas kuasa Allah, dia dan keluarganya terselamat kecuali seorang pembantu rumah Indonesia dan 2 jurutera yang turut serta bersama kawan saya pergi bercuti di Eqypt.Sehingga hari ini pembantu Indonesia & 2 jurutera, seorang dari Sudan dan seorang lagi dari Philiphina ,masih belum dijumpai.

Kawan baik saya ini adalah seorang rakyat Saudi Arabia, jutawan dan mempunyai dua kilang besar dalam pembuatan barang2 siap konkrit. Dia seorang yang warak,pemurah,baik hati dan terlalu sayang kepada isteri dan 3 anaknya.

Dalam kejadian pada pagi gelap gelita di tengah Laut Merah,kapal yang malang itu telah terbakar di dek kenderaan, kebakaran di dek itu menyebabkan kapal tersebut senget sedikit dan belayar dlm keadaan senget hampir 1 jam (kapal senget bila air masuk ke perut kapal dan apabila pam air rosak/tidak berfungsi). Kebanyakan penumpang masih tidur nyenyak/ separuh tidur/ berlegar di dek dan ramai yang tidak menyedari tentang kebakaran dan tidak menyangka bahawa kapal yang besar itu akan tenggelam dalam sekelip mata.

Atas dasar berhati2,kawan saya bersama keluarga, pembantu dan 2 engineer telah awal-awal lagi memakai jeket keselamatan. Apabila kebakaran berlaku, sistem ventilasi kapal tercemar dengan bau asap dan kapten kapal hanya menasihati penumpang supaya keluar dari bilik buat sementara waktu.Kebakaran kecil yang pada mulanya itu, rupa-rupanya sukar dikawal,dan setelah hampir 2 jam penumpang2 berada di dek,kapten masih menasihati penumpang supaya jangan panik.Setelah api tidak dapat dikawal, ianya merebak cepat kekawasan lori yang membawa kargo dan lepas satu letupan yang kuat didek tersebut, kapal menjadi lebih senget dan terus retak dibanyak bahagian dan dalam sekelip mata terus tengelam. Dilaporkan kapten bersama beberapa anak kapal telah pun meninggalkan kapal setengah jam sebelum letupan/kapal tengelam.

Kawan saya (age-60+ ) bersama isteri (age 40+),3 orang anaknya (age 14-boy,10&8-girls)dan pembantu Indonesia (age 30+ & mempunyai seorang anak di Indonesia), memeluk rapat sesama mereka sebelum kapal itu tenggelam dan menghempas permukaan laut yang bergelora( 3-4 meter ombak laut). Nasib mereka begitu baik, oleh kerana mereka berada di dek tingkat 7, hempasan keatas laut tidak begitu dahsyat.Setelah terhumban kepermukaan laut,kesemua mereka telah berpisah dan keadaan begitu hiba dengan jeritan minta tolong dari berbagai arah. Kawan saya sempat mendengar jeritan daripada isterinya dgn berkata bahawa dua anak perempuan ada bersama dia - tapi dia tak dapat mengesan dari arah mana datangnya suara isterinya dan puas mencari mereka dalam keadaan gelap gelita dan laut bergelora. Dia menjerit-jerit mencari anak lelakinya tetapi tak dapat apa2 respon. Setelah terapung2 dlm masa 30 min, beliau dapat mencapai satu tong plastik besar dan berpaut pada tong plastik bersama seorang mekanik kapal berbangsa Eqypt. Mereka cuba membuka kandungan tong plastik yang dipercayai "life raft" tetapi tidak berjaya membukanya. Setelah sejam terapung bersama tong plastik, life boat berwarna merah melalui dihadapan mereka,didalam bot tersebut ada seorang lelaki bangsa Saudi sedang mencari anggota keluarganya. Kawan saya bersama mekanik tadi berjaya memanjat life boat itu dan berusaha hampir 3 -4 jam mencari anggota keluarga masing2 dalam keadaan gelap gelita,laut gelora dan ribut (Pada hari Khamis & Jumaat, 2-3 Feb – bahagian Timur Saudi Arabia dilanda ribut pasir yang kuat ; Jeddah , juga tidak terkecuali dilanda ribut,saya menyaksikan sendiri kejadian ribut tersebut dan kerja2 kami di Jeddah juga tergendala kerana ribut pasir & angin kencang)


Kawan saya bersama 3 lelaki lain berjaya memungut seramai 42 mangsa (2 kanak2 ,3 perempuan dan selebihnya lelaki pelbagai umur). Mereka terapung2 dlm life boat selama lebih 20 jam. Kawan saya dan mangsa2 lain hanya bergantung kepada air dlm pek plastik dan biskut untuk 20 penumpang yg berada dlm “emergency kit” life boat tersebut. Setelah lebih 20 jam dihumban ombak laut yg bergelora dan dalam keadaan hysteria dan hiba sejumlah kecil penumpang, seorang Saudi yang pada awalnya telah dilantik sebagai “Ameer” dlm life boat itu berjaya menenangkan keadaan. Mereka akhirnya bertembung dgn kapal dagang Eqypt yang besar yang diarahkan melalui kawasan kejadian untuk membantu mangsa. Waktu mereka cuba diselamatkan oleh kapal dagang tersebut, keadaan laut masih bergelora kuat, ombak diantara 3 – 4 meter dan keadaan agak gelap – hanya dibantu oleh “spotlight” dari kapal. Oleh kerana kapal dagang tersebut tiada membawa apa2 kargo, tangga besi yang diturunkan tidak mencecah permukaan laut. Mangsa dalam life boat terpaksa memanjat tali lebih 4 meter untuk mencapai tangga itu. Disini mangsa menghadapi cabaran yang getir untuk memanjat ke kapal dagang dengan menggunakan tali. Kepada mangsa yang ringan, mereka mudah memanjat tali dan anak2 kapal dagang mudah menarik mereka ke atas.

Nasib kawan saya kurang baik, oleh kerana badannya agak besar dan kerana terlalu penat dia kurang bertenaga untuk memanjat dengan tali. Setelah diikat keliling badannya dengan tali,beliau cuba dinaikkan oleh anak2 kapal dagang. Cubaan menaikkan kawan saya begitu sukar sehingga seorang mangsa dalam life boat yang cuba membantu beliau telah terjatuh ke dalam laut bersama beliau dan terus terjadi pergelutan untuk menyelamat diri dari lemas.Kawan saya telah dipijak kepalanya oleh mangsa yang cuba membantu beliau. Kawan saya berjaya timbul dipemukaan laut setelah menolak kuat keatas dan berjaya ditarik oleh anak2 kapal dagang. Oleh kerana beliau terlalu penat dan tiada lagi tenaga, tali yang dipegangnya terlucut dan beliau jatuh semula kelaut. Atas kuasa Allah, setelah tenggelam dalam laut lebih 4 meter, beliau dihumban naik oleh ombak yang besar dan mangsa lain dalam life boat ternampak tangan kirinya terkeluar dari permukaan laut.
Mereka cepat2 menarik tangan kirinya dan berjaya menarik dia ke life boat. Apa yang menakjubkan kawan saya bahawa ketika beliau jatuh kebawah laut, dan ketika beliau hilang seluruh tenaga dan kuasa untuk berenang kepermukaan laut dan di waktu beliau menghadapi saat2 kematian, beliau telah berdoa kepada Allah swt supaya memaafkan dosanya dan mematikan beliau dan anggota keluarganya dalam keadaan beriman dan syahid.Beliau redha diambil nyawanya ketika itu kerana tidak sanggup lagi untuk cuba timbul kepermukaan laut kerana sudah tiada upaya untuk bertindak apa2.

Hidup dan mati bukan lah dibawah kuasa kita. Walaupun kita sudah bersedia untuk diambil nyawa dan ajal sudah menanti, walaupun sudah nazak – sekiranya Allah swt masih sayang kepada kita dan masih mahu kita meneruskan hidup di dunia ini, Allah akan buat apa2 sahaja untuk menukar nasib kita. Bagi kawan saya, Allah swt telah mengarahkan “ombak laut” supaya memukul keluar kawan saya yg telah tenggelam jauh kebawah ke permukaan laut. Atas kuasaNya juga tangan kiri kawan saya telah diangkat supaya dapat dicapai oleh mangsa lain yang berada di life boat. Menurut kawan saya, beliau telah pun tidak sedarkan diri kerana lemas dan telalu banyak terminum air laut.Setelah sedar, beliau tidak menyangka masih hidup dan telah berada di dek kapal dagang.Beliau bersyukur kpd Allah swt kerana masih memberi dia peluang untuk hidup. Setelah pulih dan sedar sepenuhnya, kawan saya memohon bantuan anak kapal dagang untuk menelefon syarikat saudaranya di Eqypt untuk mendapat berita tentang isteri dan anak2nya. Setelah beberapa ketika, anak kapal berjaya menghubungi saudara kawan saya di Eqypt dan beliau telah menerima berita gembira bahawa isteri dan 2 anak perempuannya selamat tetapi masih dalam rawatan trauma di hospital. Namun bila ditanya tentang nasib anak lelakinya, saudara kawan saya tidak dapat apa2 berita tentangnya.Keadaan diport Safaja, dimana kapal ferry itu sepatutnya berlabuh,begitu ramai sanak saudara menanti berita tentang orang2 kesayangan mereka. Kepada mereka yang selamat,yang masih dalam trauma, turut bersedih menanti berita tentang bapa,ibu, isteri,anak,abang,kakak dsb yang masih belum ditemui. Saya pasti ramai kawan2 yang dapat melihat di kaca tv, betapa susahnya polis Eqypt cuba mengawal keadaan.Kejadian ini adalah yang terburuk pernah dialami oleh ferry penumpang yang kerap kali menyeberangi laut merah, ulang alik dari Eqypt ke Saudi Arabia.

Berita tentang anak lelaki kawan saya masih belum diterima,walaupun sudah masuk hari ketiga selepas kejadian. Pada awal pagi Ahad, 5 Feb, kawan saya dikejutkan dengan panggilan telefon bimbit yang dipinjam dari saudaranya di Eqypt. Isterinya mengambil panggilan tersebut dan terus mengenali suara pemanggil. Pemangil tersebut ialah anak saudaranya atau sepupu rapat kepada anak lelaki kawan saya yang masih hilang. Dalam perbualan itu, anak saudara isteri kawan saya mengatakan beliau ada menerima panggilan dari anak kawan saya yang dikatakan masih hilang dilaut. Kawan saya dan isterinya seperti kurang percaya dan terus bertanya dari mana panggilan dari anaknya diterima. Setelah dimaklumkan bahawa panggilan dari anaknya diterima dari telefon bimbit seorang jururawat dari sebuah hospital lebih kurang 60 km dari Safaja, kawan saya terus cuba menghubungi pihak hospital tersebut dan akhirnya dengan bantuan telefon bimbit jururawat tersebut, kawan saya akhirnya dapat bercakap dengan anaknya. Kawan saya dan isterinya seperti tidak menyangka bahawa Allah telah menyahut doa mereka supaya diketemukan dengan anak lelaki kesayangan mereka. Diawal pagi Ahad,tanpa lengah2 mereka terus bertolak ke hospital tersebut dan alangkah bahagianya mereka sekeluarga setelah berjumpa dan melihat anaknya selamat dan sedang diberi rawatan trauma yang ringan.

Hanya kawan saya sekeluarga sahaja yang terselamat dari bencana ini.Keluarga yang lain,samada kehilangan suami/ isteri/ anak lelaki/anak perempuan; ada anak2 yang jadi yatim piatu, isteri yang kehilangan kesemua anggota keluarga dan sebagainya. Menurut cerita seorang tua bangsa Saudi yang terselamat, beliau kehilangan isteri dan anaknya, terapung2 dilaut keseorangan,tanpa life jacket atau bantuan apa2,cuma terlentang dengan muka dan badannya meghadap ke langit, selama lebih 2 hari dan hanya bergantung hidup kepada embun laut yang disapu dibibir.Beliau mengatakan bahawa setiap kali ketika sedar dia akan berzikir dan bila masuk waktu solat,dia akan menyampaikan azan dan sembahyang dalam keadaan terapung2. Akhirnya beliau dapat diselamatkan oleh kapal penyelamat yang berjaya mengesannya.

Banyak mangsa yang mati kerana lemas kerana tidak sempat memakai jeket keselamatan ataupun mati akibat terjatuh hempap diatas badan kapal,atau terkena hentakan besi kapal yang ranap dan sebagainya. Kawasan kejadian juga dikatakan penuh dengan ikan jerung. Setiap anggota keluarga kawan saya, dari isteri kepada 3 anak mereka, mempunyai cerita tersendiri bagaimana mereka menghadapi saat2 kematian dan terapung2 dilaut dan akhirnya diselamatkan. Saya tidak dapat menceritakan sepenuhnya kerana ketika kawan baik saya ini menceritakan bahagian dia, setiap seketika dia menitiskan air matanya apabila menyingkap kembali perkara pahit getir yang dilalui ketika kejadian bencana.

Kepada kita yang masih hidup dan yang masih belum ditimpa dugaan besar Allah atau diberi musibah besar ketika ini, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dari cerita ini, supaya kita sentiasa berusaha meningkat keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah dan selalulah berbaik dan bermurah hati sesama insan yang lain tak kira apa bangsa dan ugama. Beri dan tambahlah kasih sayang terhadap suami/isteri/anak/ibu dan bapa dan insaflah dari segala perbuatan buruk kita selama ini dan sentiasa beristiqfar dan bertaubat kepada Allah atas segala perlakuan kita yang bertentangan dengan kehendakNya dan menghormati ajaran dan petunjuk yang telah diberikan melaui Rasullullah s.a.w , Rasul kesayangan kita. Jadikan Al Quran dan sunah Nabi sebagai panduan hidup. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Friday, February 10, 2006

Seminggu Berlalu
Dah seminggu aku dok sini sorang2, sedih mengenangkan anak bini yang dok dekat Kuala Lumpur. Tapi apa kan daya, rezeki aku dekat sini.
Dekat sini kami cuti mula dari Rabu sehingga ke Sabtu, hari ni pun tak kerja sebab dia orang semua mengenang hari Syaidina Hussain di bunuh dan hari Ashura.
Aku jalan sorang2 beberapa kilometer bertujuan meninjau apa yang dia orang buat masa cuti nih, tinjau punya tinjau, sekor manusia pun tak nampak pada jam 10 pagi, dia orang rupanya berkurung kat rumah kerana tengahari nya dia orang akan berarak sepanjang jalan utama di tehran ni dengan pakaian serba hitam, berkabung agaknya dengan satu drum...dum...dum...kalau boleh aku nak le beli sayur ke, ayam ke sebab aku dah makan tin punya makanan yang aku bawak dah hampir 4 hari, tak leh tahan jugak. Akhir nya dengan kekecewaan aku balik la setelah semua kedai yang aku pergi tutup dengan rantai besi. Jadi aku pun makan le tengahari tu dengan Kari Ayam dalam tin lagi.
Pada hari Jumaat, semalam seteleh sembahyang Jumaat dekat embassy Indonesia, Pok Nik mengajak aku makan rumah dia bersama sorang lagi kawan, Haji Razali. Kita pekena Nasi Dagang dengan kuah ikan Tongkol, best beb dan malam nya aku tak yah masak sebab dah di bekal kan dengan makanan yang sama oleh isteri Pok Nik, Kak Ummi yang jelita dan pandai masak.
Gitule, hari ni hari Sabtu, masih cuti tapi aku bercadang nak gi offis, buat2 sibuk dan sikit kerja sebab projek aku tu dah nak jalan pada 21st February nih. Harap2 masa tu sibuk dan kurang le sikit teringat anak bini dekat Malaysia.
Salam hormat.

Friday, February 03, 2006

Cuti 2 Minggu

Salam, dan berjumpa kembali, aku dah syok dok KL nih selama dua minggu, maka esok 4hb February 2006, aku akan berangkat ke Tehran lagi dengan pesawat Qatar Airways.

Tak dapat nak aku cerita dan gambarkan macamana seronok nya dok KL, perut pun makin membulat di buatnya.

Besssssssssssssst gilerrrrr