Wednesday, October 04, 2006

Hari Minggu - Khamis Jumaat

Ba Salam, esok hari minggu datang lagi dan saat saat inilah aku tak tahu nak buat aktiviti apa selain tidor sepuas puas nya tanpa ganguan.
Aku punya kerja alhamdullilah sekarang dah pun on track dan dapatlah aku lepak kejap sementara nak kena palu untuk next phase of implementation. Dan aku ber syukur kerana dapat menegak kan tower dan peralatan untuk berkomuminkasi di Republik ESELAM ini...baca betul2 kenapa aku megeja nya sedemikian.
Sepanjang bulan puasa ni...dah 10 hari kot....dan dekat ofis ku ramai le gentle man dan ladies yang islam tapi tak berpuasa....seramai 50 orang islam di dalam ofis ku hanya 2-3 orang sahaja yang berpuasa....kenapa ye???? Menjadi persoalan di benak ini kenapa kamu seorang islam tidak berpuasa...kenapa? Adakah ianya fardu kifayah di dalam kepercayaan kamu...atau sunat kah??? Macam macam aku pikir kan sehingga aku mengambil kesempatan meluangkan masa selama 20 minit dengan rakan sekerja ku yang betul2 islam agaknya.....dan secara ringkas nya, golongan beliawan beliawan iran kini hanya lah islam pada nama...dan tidak menghirau akan rukun rukun islam dan rukun rukun iman seperti yang kita ikuti....aku tak perlu berpuasa kerana aku sudah punyai uwang....puasa hanya untuk orang2 susah sahaja...masya Allah...apa sudah jadi dengan negara islam ini...kenapa sudah ESELAM jadinya...mengapa???? Dan sesungguhnya aku memahami mengapa perempuan perempuan iran memakai tudung hanya s ebagai syarat agar tidak di masuk kan kedalam sel....adakah paksaan dari pemerintah memaksa mereka mereka ini memberontak???? Mungkin jugakbenar ....adakah kepercayaan kepada Mullah sudah berlalu...dan Mullah hanya mahukan uwang dan kuasa demi kepentingan diri sendiri dan kaum kerabat???? Adakah MUllah hanya menumpukan perhatian kepada kepentingan diri dan mencampur aduk kan agama dengan kepentingan peribadi....adakah benar??? Kalau benar.......mengapa ianya terjadi di sebuah negara islam yang berdaulat....yang mengistiharkan dirinya republic islam...kenapa???? Sehingga saat kini aku belum mempunyai jawapan yang tepat untuk diriku...mungkin esok lusa akan aku temui jawapan nya...insya Allah.
Malam ni kawan aku budak Telekom Malaysia International akan datang kerumah, aku rasa dalam 1230 malam nanti sampai le dia dari Esfahan, one hour flight ke Tehran. Tak leh aku boring sangat besok, katanya dia nak gi shopping jaket kulit dan kasut kulit dekat sini esok...boleh le aku tumpang sekaki membelinya untuk raya sepasang dua kasut kulit sambil jalan2 menghilangkan boring...asyik dok rumah je...makan tidor bangun tengok tv....dah habis cerita...dia datang sini setiap 2 minggu kerana menghadapi masalah nak menunaikan solat Jumaat kerana tak de tempat untuk kaum2 kita mengerjakan Solat Jumaat selepas tempat dia selalu solat di sita oleh pihak berkuasa Iran, hai....lagi satu negara ESELAM...orang nak solat jumaat pun di halau nya.....dia biasanya berjumaat di penepatan penduduk Afghannistan - yang mempercayai Sunna WalJemaah, dan dia seronok la sebab masa tu ada tempat, tak le selalu berulang dua minggu sekali datang ke tehran - indonesian embassy untuk menunaikan solat Jumaat..kesian dia...tapi tak pe at lease dalam dua hari aku ada kawan nak bersembang ataupun main terup....and believe or not, ada mamat sorang nih budak melayu asal dari perak, rupa rupanya mempercayai apa yang orang2 iran ni percaya....sama fahaman nya...hai...mana dia belajar nih...he just came here 2 months ago.....untuk menganti kan my best friend dekat Esfahan masa tuh...
Kawan aku ni sebenarnya dah gaduh dengan MD dalam salah satu marketting meeting dan dia dah bagi dekat MD tu ..."stupid MD" ...peeeh...perang besar laaa lepas tuh...at last chairman cakap both of them have to resign from the company....jadi kawan aku ni pun balik le last month dan continue his service dekat KL...seronok le dia....sebab dia seconded je dekat sini....harap2 kawan aku sorang lagi ni dapat le tahan dengan kerenah bangsa yang berhati kering nih....
On Saturday, aku dah ada ticket return...confirmed!!!! untuk ke Kermensah dan Hamadan - province that bordering Irak...aku dan customer PM akan kesana sambil makan angin dan melihat site construction that is in progress...pergi je lah masa dapat tiket free, company bayar nih...tak le boring sangat dok Tehran nih ...aku akan kesana selama 3 malam kot....semoga aku punya site engineer report kat aku yang sebetulnya progress dekat sana tuh...takut juga aku sebab report complete rupanya masih in prgoress, parah aku nak menjawab dengan customer aku tuh....dah le susah nak layan customer PM mamat Lubnan tuuu....hai....apa nak buat....bersabar lah kamu...sesungguh nya sabar itu sebahagian dari iman...
On Friday evening aku ada jemputan berbuka dekat rumah Pok Nik dan isterinya Kak Ummi - embasy punya orang, wah...harap2 aku dapat le makan nasik kerabu dan ayam percik untuk berbuka.....dah lama dah tak merasa nnasik kerabu nih....masa hari tu, last 3 weekend dia buat laksam...peh....mengancam habis...sehingga aku hirup2 kuahnya....peh...licin...apa nak buat..bujang di perantaun.
Ok friends, selamat berpuasa dan berhari raya.
Wassalam.