Wednesday, October 04, 2006

Hari Minggu - Khamis Jumaat

Ba Salam, esok hari minggu datang lagi dan saat saat inilah aku tak tahu nak buat aktiviti apa selain tidor sepuas puas nya tanpa ganguan.
Aku punya kerja alhamdullilah sekarang dah pun on track dan dapatlah aku lepak kejap sementara nak kena palu untuk next phase of implementation. Dan aku ber syukur kerana dapat menegak kan tower dan peralatan untuk berkomuminkasi di Republik ESELAM ini...baca betul2 kenapa aku megeja nya sedemikian.
Sepanjang bulan puasa ni...dah 10 hari kot....dan dekat ofis ku ramai le gentle man dan ladies yang islam tapi tak berpuasa....seramai 50 orang islam di dalam ofis ku hanya 2-3 orang sahaja yang berpuasa....kenapa ye???? Menjadi persoalan di benak ini kenapa kamu seorang islam tidak berpuasa...kenapa? Adakah ianya fardu kifayah di dalam kepercayaan kamu...atau sunat kah??? Macam macam aku pikir kan sehingga aku mengambil kesempatan meluangkan masa selama 20 minit dengan rakan sekerja ku yang betul2 islam agaknya.....dan secara ringkas nya, golongan beliawan beliawan iran kini hanya lah islam pada nama...dan tidak menghirau akan rukun rukun islam dan rukun rukun iman seperti yang kita ikuti....aku tak perlu berpuasa kerana aku sudah punyai uwang....puasa hanya untuk orang2 susah sahaja...masya Allah...apa sudah jadi dengan negara islam ini...kenapa sudah ESELAM jadinya...mengapa???? Dan sesungguhnya aku memahami mengapa perempuan perempuan iran memakai tudung hanya s ebagai syarat agar tidak di masuk kan kedalam sel....adakah paksaan dari pemerintah memaksa mereka mereka ini memberontak???? Mungkin jugakbenar ....adakah kepercayaan kepada Mullah sudah berlalu...dan Mullah hanya mahukan uwang dan kuasa demi kepentingan diri sendiri dan kaum kerabat???? Adakah MUllah hanya menumpukan perhatian kepada kepentingan diri dan mencampur aduk kan agama dengan kepentingan peribadi....adakah benar??? Kalau benar.......mengapa ianya terjadi di sebuah negara islam yang berdaulat....yang mengistiharkan dirinya republic islam...kenapa???? Sehingga saat kini aku belum mempunyai jawapan yang tepat untuk diriku...mungkin esok lusa akan aku temui jawapan nya...insya Allah.
Malam ni kawan aku budak Telekom Malaysia International akan datang kerumah, aku rasa dalam 1230 malam nanti sampai le dia dari Esfahan, one hour flight ke Tehran. Tak leh aku boring sangat besok, katanya dia nak gi shopping jaket kulit dan kasut kulit dekat sini esok...boleh le aku tumpang sekaki membelinya untuk raya sepasang dua kasut kulit sambil jalan2 menghilangkan boring...asyik dok rumah je...makan tidor bangun tengok tv....dah habis cerita...dia datang sini setiap 2 minggu kerana menghadapi masalah nak menunaikan solat Jumaat kerana tak de tempat untuk kaum2 kita mengerjakan Solat Jumaat selepas tempat dia selalu solat di sita oleh pihak berkuasa Iran, hai....lagi satu negara ESELAM...orang nak solat jumaat pun di halau nya.....dia biasanya berjumaat di penepatan penduduk Afghannistan - yang mempercayai Sunna WalJemaah, dan dia seronok la sebab masa tu ada tempat, tak le selalu berulang dua minggu sekali datang ke tehran - indonesian embassy untuk menunaikan solat Jumaat..kesian dia...tapi tak pe at lease dalam dua hari aku ada kawan nak bersembang ataupun main terup....and believe or not, ada mamat sorang nih budak melayu asal dari perak, rupa rupanya mempercayai apa yang orang2 iran ni percaya....sama fahaman nya...hai...mana dia belajar nih...he just came here 2 months ago.....untuk menganti kan my best friend dekat Esfahan masa tuh...
Kawan aku ni sebenarnya dah gaduh dengan MD dalam salah satu marketting meeting dan dia dah bagi dekat MD tu ..."stupid MD" ...peeeh...perang besar laaa lepas tuh...at last chairman cakap both of them have to resign from the company....jadi kawan aku ni pun balik le last month dan continue his service dekat KL...seronok le dia....sebab dia seconded je dekat sini....harap2 kawan aku sorang lagi ni dapat le tahan dengan kerenah bangsa yang berhati kering nih....
On Saturday, aku dah ada ticket return...confirmed!!!! untuk ke Kermensah dan Hamadan - province that bordering Irak...aku dan customer PM akan kesana sambil makan angin dan melihat site construction that is in progress...pergi je lah masa dapat tiket free, company bayar nih...tak le boring sangat dok Tehran nih ...aku akan kesana selama 3 malam kot....semoga aku punya site engineer report kat aku yang sebetulnya progress dekat sana tuh...takut juga aku sebab report complete rupanya masih in prgoress, parah aku nak menjawab dengan customer aku tuh....dah le susah nak layan customer PM mamat Lubnan tuuu....hai....apa nak buat....bersabar lah kamu...sesungguh nya sabar itu sebahagian dari iman...
On Friday evening aku ada jemputan berbuka dekat rumah Pok Nik dan isterinya Kak Ummi - embasy punya orang, wah...harap2 aku dapat le makan nasik kerabu dan ayam percik untuk berbuka.....dah lama dah tak merasa nnasik kerabu nih....masa hari tu, last 3 weekend dia buat laksam...peh....mengancam habis...sehingga aku hirup2 kuahnya....peh...licin...apa nak buat..bujang di perantaun.
Ok friends, selamat berpuasa dan berhari raya.
Wassalam.

Saturday, September 23, 2006

Tiket oohh Ticket...

Salam, sesungguh nya aku ni teramat la boringya di saat ini di pulau gurun nih....Kish Island, indah nama dari rupa...dah la panas 44 degree. tadi tambah hangat la pulak bila kena belasah bertalu talu...

Teramat sedihnya bila aku dapat tahu tiket hanya available pada hari Senin 25hb September nanti, aku punya kerja dah habis kat sini..apa lagi aku nak buat....nerayau kat sini la dalam dua hari lagi...dan maka dengan itu terpaksa lah aku batalkan aku punya appointment untuk ke Tabriz....hopefully customer di Tehran tak le menjerit yang aku batalkan appointment di Tabriz tuh...

Ni aku tengah melilau dekat super market sambil2 cuci mata...tengok minah iran yang bau hapak...ketiak masam....cantik di luar...hapak di dalam....lagi auta di hati........pusing punya pusing aku nampak la booth internet nih, bayar Rls10,000 = USD1 untuk access satu jam..tak da nak buat apa maka aku dok menaip, tulis apa yang bertakhta di hati dan lepas kan geram....

Aku pi restoran ingat nak pekena nasik minyak la sebab lama dah tak kena nasik minyak iran nih...pergi sana rupanya pukul 8 malam baru buka...apa punya business, tak punya planning dan strategi langsung orang iran nih...ingat dia bagus sangat kot..dok banding sama sama dia lah...katak bawah tempurung...kalau banding dengan dunia luar...pehhhh....hampa gassss...lepas tu satu orang iran ni..berlagak nak mampus walau pun kita orang tahu memang dia orang bodoh...bodoh sombong...dok bangga dengan loji nuklear...bukan dia buat...russia yang dok bikin....haaa..dok kecoh satu dunia...relak la..kalau ada nuklear tu buat le deq jeee...

Sebelah aku ni ada makwe iran,,,,......sabar je lah banyak2....bau ketiak dia.....masya Allah....taham le sebab nak habiskan satu jam nih...

Jadi..ini lah keluhan kosong dari aku seorang perantau....lima tahun berlalu.....berada di negara orang....

Selamat Berpuasa...esok aku nak mula puasa lah walau dekat iran hari senin baru mula puasa.....biasa la..lain dari yang lain.....

Wassalam.

Friday, September 22, 2006

Salam, now I am in Kish Island......

Aku baru sampai sini dalam pukul 7:00 petang dari Tehran...esok nak meeting satu hari suntuk dan berharap dapat le balik semula ke Tehran pada pukul 8 malam sabtunya...tapi apa yang terjadi.......buka2 je ticket return aku ke tehran..rupa2 nya minah iran, travel assistant company tu dah dajal kan aku....ticket nya tak confirm...it is open ticket...celaka betul perempuan iran tuh....balik karang aku mesti maki dia sampai meleleh air ketiak dia yang sememang nya busuk nak mampusss...aku dah geram nih....mintak maap la sedara sedari....esok satu hal lak nak suruh dia orang gi confirm kan, itu kalau ada..kalau tak de ..bertapa la aku kat sini...semalam dua lagi...dah la aku ada program lagi dengan customer dekat Tabriz untuk commercial launch kan dia punya network......letih betul betul laaa macam nih...

Hai...gini lah hidupku di kalangan orang2 yang suka menipu...apa nak buat...ada ke sapa2 yang boleh adjustkan aku balik kerja KL pulak...dah lima tahun aku merantau, cari makan dekat kampung halaman orang...kalau dapat kerja KL seronoknya.....

Di kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada kawan2 semua, semoga segala amalan kita di terima dan di berkati...

Wassalam

Thursday, August 17, 2006

Salam Sejahtera,

Dah lama aku tak menjengok blog nih....al maklum lah projek GSM aku kat sini dah berjalan macam kereta masuk air dalam enjin....tapi tak pa ku gagahi mengharungi cubaan dan cabaran ini dan harap2 aku dapat menghabis kan projek aku sebagai mana yang di tetapkan dan aku pulang ke Mesia dengan senyum.

Bagi aku negara ni lah negara paling terok pernah aku jajah, apa tidaknya semua manusia sini kelapa otak dia orang semuanya kaki pembelit....auta, penipu. Dia orang ni terlalu bangga dengan nenek moyang mereka zaman kegemilangna kerajaan parsi dulu....TAPI itu dulu kan!!!! Hang sekarang ni memang bodoh dan pembohong....letih aku mengaharungi nya sendiri....tambah2 bila bos2 cina tu pandai cakap dari buat kerja...entah lah...makan gaji.....

apa2 pun aku pagi nanti aku ambik flight 530am balik KL, tengok anak bini setelah 2 bulan ku tinggalkan..kesian dia orang...kesian aku...apa macam orang di Denmark tuh...... bila nak balik KL? Maka aku akan datang balik sini pada 25hb August nanti....hai...kejap nya....

Aku ingat balik nanti nak jengok la mak mertuaku yang lama aku tak tengok. Maklum lah itu lah satu2 nya mak yang tinggal setelah aku senditi yatim piatu....mak dah tak da, ayah pun dah lama tak da....kebetulan masa aku balik ni kat Mesia cuti sekolah....seronok la budak2 tu jalan dengan bapak dia.....

Last week aku pergi utara Iran, Azerbaijan Timur, tempat nya cantik, makwe2 Azerbaijan pun cantik....dapat le aku melawat sites dalam beberapa hari. Aku pergi guna k/terbang dan balik aku ambik keputusan suruh driver site office hantar aku ke Tehran, very nice journey kot dalam gunong ganang yang tak ber pokok......dapat le tengok negara orang, started travel dari Tabriz ke Tehran pada 3:00 pm dan sampai Tehran pukul 11:00 malam, sakit gak bontot ku dok dalam kereta tuh...tapi seronok tengok negara orang, masa ada peluang ni tengok puas2...cuba tengok gunong2 ni dalam perjalanan ku....dari Tabriza ke Zanjan, Zanjan ke Qazvin dan Qazvin ke Tehran...wow....8 jam gak tuh...apa2 pun seronok walau penat...

Ok nanti aku tulis lagi jika ada kelapangan, dan kawan2 semua, Rojak Buah dah gi mana pun aku tak tahu, kawan yang aku jumpa dekat Tehran 10 bulan yang lalu.,...sama2 makan nasik minyak dan kebab parsi.....eh.....muak aku....nasib la aku dah lepak apartment, dapat le goreng telor...

Selamat, khudha hafiz...

Thursday, March 09, 2006

Hampir Lima bulan Berlalu

Dalam diam tak diam aku dok sini dah hampir lima bulan – end of March 2006 nanti, menjak aku mai sini pada bulan Novmber 2005. Cepatnya masa berlalu dan tempoh kerja aku dekat sini pun hayat nya semakin hampir aitu setahun 7 bulan lagi....wafuh lamanya aku nak balik ke Malaysia. Ini kerana permohonan aku untuk pindah dari China base ke Kuala Lumpur base sudah pun di luluskan...syukur dan aku akan buat kerja untuk Asia Pacific sahaja selepas ini, ini pun kalau aku dengan company cina ni lagi.....apa nak buat, cari makan terpaksa lah tinggal anak bini. Aku kesian kan anak2 aku sekolah je, tak menentu kalau sini kejap sana kejap..kesian nanti dia orang naik pening dan tak leh carry on dia punya pelajaran..susah gak aku, jadi keputusan nya every 2 months terpaksa lah menjegok dia orang....jumpa sekali sekala ni best tau......

Dah lama aku tak masuk blog ni sebab last month teramat busy nya dengan kerja ofis dan site visit dengan customer. Last two days aku ke Kish Island, south of Iran – a free trade zone la konon...aku dok sana dua hari sebab nak tengok site untuk pasang telekomunikasi sistem 3G. Kalau sapa2 yang dah kesana boleh la bawak telephone 3G dah boleh di guna pakai dah...mulai bulan lepas....di pulau tersebut – apa yang aku nampak hanya lah gurun dan padang pasir dan cuaca nya amat lah panas kalau di banding kan dengan Mesia. Kerana pulau tu kecik dan gersang lak..bangunan ada la sikit2 boleh la hilang kan boring dok sana dua hari tu..jalan2 tapi semua harga nya macam petir....pisang 3-4 biji tu dalam RM10!!!!!! Gila ka apa orang ni...dia kata ” this is Iran”...kepala hanguk dia Iran.....apa aku peduli Iran ka apa ka..yang penting aku nak makan....dia orang ingat aku ni tak da duit ka apa? Mungkin dia ingat aku ni Philipine kot yang ramai2 kerja kat sana sebagai sales man dekat shopping complex...hanguk dia betul laaaa...muka aku ni macam Philipine ke apa? Aku rasa jawa-kelantan banyak laaaa.....apa la si bodoh iranian nih....dia ingat dok nak proub mak bapak dia zaman perkembangan empayar farsi dulu ke apa...ini zaman orang tak main empayar tu lagi..kalau dah dasar penipu penipu la jugak..bab kata kawan ni kalau jumpa la ular tedong tengah jalan sama dengan mamat iran nih...pukul kasi mati mamat iran ni dulu lagi baik...standard penipu...aku cukup benci dengan orang2 penipu macam nih..sama dengan kerani dekat ofis aku tu..sama penipu...ok sir, your ticket and your hotel already booked for you....macam t#$k aku rasa kena tipu dengan kerani tu bila aku pi sana hotel tak di tempah ...kurang ajar betul la minah ni, kalau lawa tak pa la ni entah apa2 DARAT dia tu...make up macam zaman firaun lak gaya nya....hai...geram betul aku....geram...

Satu lagi cerita penipu mamat iran ialah tentang tambang teksi...dah sah di tulis dari Imam Khoemeni International airport ke Esfandiyah Street, tempat apartment aku....dia pusing2 entah kemana, macam aku baru sampai la konon....dah pusing2 dia mintak lebih lak tambang...dia kata ni jauh...kepala hanguk dia, aku dah bayar la dekat airport IRR85000 = USD8.5 laaa...ini mintak lagi IRR20000 sebab alamat salah...ehhhh..cantik muka, aku tengok dia dah auta semacam...aku cakap please stop here...cakap orang putih la aku dengan driver yang bangang dan tak tahu cakap orang putih tu....aku pun turun pada hal itu depan rumah aku la....aku pun belah dia bising dalam kereta dia mintak duit lebih lagi..lantak la engkau penipu besar....aku kadang2 dok tempat orang ni aku sentiasa sabar, terutama dengan mat2 bangla, aku boleh lagi sabar sebab boleh runding walau pun berbelit2 macam ular sawa gak....ini tidak bongkak semacam dan tak mahu beralah walau pun ternyata dia salah dan dia penipu besar....sedih dan marah aku nih...tapi itu lah orang kata pengalaman di tempat orang...bab kata pepatah ” Masuk kandang kambing mengebek, masuk kandang rimau kena laaa bahammmmmm”.

Last 2 weeks aku sempat hadiri function yang di hadiri oleh embassy kita dan perwakilan dari Mesia, Datuk Joseph Gandum, timbalan menteri luar...dia datang dengan beberapa perwakilan lain dan update kan apa yang terjadi dekat Mesia selepas rombakan kabinet oleh Pak Lah...ala cerita mcam biasa la sambil2 kita dinner dan makan duit rakyat mesia kerana aku tak bayar cukai dah lama dah...biasa lah. Masa tu kami Mesia Association la konon ramai2 la pergi jumpa dan sambut akan tetamu kehormat kita nih sambil2 borak2 dan bercerita tentang perkembangan politik tanahair walau aku malas nak ambik tahu, tapi layan la gak...boleh la dibandingkan cerita surat khabar online dengan cerita dia di samping mendapat confirmation. Dimalam itu aku terjumpa la beberapa student Mesia yang belajar dekat sini, ada yang ambik Teology, ada ambik bidang agama dekat university Qom dekat south of Tehran, aku pun tak paham kenapa la mai belajar agama dekat sini, dekat suadi, dekat jordan kan, mesir kan banyak, tak kan le mai sini nak belajar jadi penipu lak....entah la...dia orang belajar kefahaman Syiah, suka hati hang lah....aku apa peduli. Lepas tu ada beberapa kawan dari Petronas dan company2 lain seperti Eriksson dan Nokia dok mai sini, budak melayu yang dengan eriksson ada lah dalam 5-6 orang melayu dan cina 10 orang dan india dalam 5 orang gitu lah, semua cari makan di sini....semua tinggal anak bini macam aku gak lah...itulah, susah nak cari pengalaman2 macam nih, sedih ada, gembira ada walau gembira nya sekali sekala.

Malam ni ada jamuan perpisahan isteri kepada Haji Halim, manager Petronas dah nak balik dah bersama dengan 3 anak2 nya. Haji Halim masih dok sini la sehingga bulan September nanti, ini bini dan anak2 nya dah tak tahan dok selama empat tahun dekat sini, bila pikir2 kesian gak kat bini dia tuh, walau tak de kawan dekat sini namun tetap tabah menunggu lakinya demi untuk bersama laki...itu mungkin dah sampai peringkat dah tak tahan dah tu, maka dia mengambil keputusan untuk balik Mesia lah...lagi best dok KL, semua ada..kawan ramai, sini nak cakap pun dia orang tak reti cakap orang putih...jadi lepas magrib nanti aku pergi la ucapkan selamat kembali ke Mesia kepada isteri kepada Haji Halim kita nih. Hai...bujang lak la si Tuan Haji kita nih....

Dekat Iran pada 20th March – 4th April akan bercuti sempena tahun baru dia, almost dua minggu, sayang nya aku tak leh balik sebab kapal terbang semuanya fully booked. Dah aku pun dapat le ticket pada 28th March 2006. Maka di petang tu aku akan balik ke Mesia dan mai sini dalam 7th April 2006 nanti...jadilah dapat tengok anak bini cukup la. Jadi sepanjang seminggu cuti dekat sini aku tak tahu nak buat apa setakat ini, masih tak da plan, silap2 aku dok rumah je sehingga 28 haribulan.

Wednesday, February 15, 2006

Cerita Dari Seorang Kawan

Cerita ini adalah tentang trajedi Ferry Egypt yang karam di Laut Merah, awal pagi Jumaat, 3 Feb. Lebih dari 1,000 orang (orang tua,dewasa,kanak2; lelaki dan perempuan) sehingga hari ini masih belum dijumpai dan disyaki tenggelam besama kapal- Al Fatihah kepada mereka yang syahid dalam trajedi ini.Hanya lebih kurang 400 orang berjaya diselamatkan oleh pihak penyelamat / bantuan kapal2 dagang.

Trajedi ini sungguh menyentuh perasaan saya, setelah saya dimaklumkan bahawa seorang kawan baik saya, bersama isteri dan 3 anaknya telah turut terlibat dalam nahas ini. Atas kuasa Allah, dia dan keluarganya terselamat kecuali seorang pembantu rumah Indonesia dan 2 jurutera yang turut serta bersama kawan saya pergi bercuti di Eqypt.Sehingga hari ini pembantu Indonesia & 2 jurutera, seorang dari Sudan dan seorang lagi dari Philiphina ,masih belum dijumpai.

Kawan baik saya ini adalah seorang rakyat Saudi Arabia, jutawan dan mempunyai dua kilang besar dalam pembuatan barang2 siap konkrit. Dia seorang yang warak,pemurah,baik hati dan terlalu sayang kepada isteri dan 3 anaknya.

Dalam kejadian pada pagi gelap gelita di tengah Laut Merah,kapal yang malang itu telah terbakar di dek kenderaan, kebakaran di dek itu menyebabkan kapal tersebut senget sedikit dan belayar dlm keadaan senget hampir 1 jam (kapal senget bila air masuk ke perut kapal dan apabila pam air rosak/tidak berfungsi). Kebanyakan penumpang masih tidur nyenyak/ separuh tidur/ berlegar di dek dan ramai yang tidak menyedari tentang kebakaran dan tidak menyangka bahawa kapal yang besar itu akan tenggelam dalam sekelip mata.

Atas dasar berhati2,kawan saya bersama keluarga, pembantu dan 2 engineer telah awal-awal lagi memakai jeket keselamatan. Apabila kebakaran berlaku, sistem ventilasi kapal tercemar dengan bau asap dan kapten kapal hanya menasihati penumpang supaya keluar dari bilik buat sementara waktu.Kebakaran kecil yang pada mulanya itu, rupa-rupanya sukar dikawal,dan setelah hampir 2 jam penumpang2 berada di dek,kapten masih menasihati penumpang supaya jangan panik.Setelah api tidak dapat dikawal, ianya merebak cepat kekawasan lori yang membawa kargo dan lepas satu letupan yang kuat didek tersebut, kapal menjadi lebih senget dan terus retak dibanyak bahagian dan dalam sekelip mata terus tengelam. Dilaporkan kapten bersama beberapa anak kapal telah pun meninggalkan kapal setengah jam sebelum letupan/kapal tengelam.

Kawan saya (age-60+ ) bersama isteri (age 40+),3 orang anaknya (age 14-boy,10&8-girls)dan pembantu Indonesia (age 30+ & mempunyai seorang anak di Indonesia), memeluk rapat sesama mereka sebelum kapal itu tenggelam dan menghempas permukaan laut yang bergelora( 3-4 meter ombak laut). Nasib mereka begitu baik, oleh kerana mereka berada di dek tingkat 7, hempasan keatas laut tidak begitu dahsyat.Setelah terhumban kepermukaan laut,kesemua mereka telah berpisah dan keadaan begitu hiba dengan jeritan minta tolong dari berbagai arah. Kawan saya sempat mendengar jeritan daripada isterinya dgn berkata bahawa dua anak perempuan ada bersama dia - tapi dia tak dapat mengesan dari arah mana datangnya suara isterinya dan puas mencari mereka dalam keadaan gelap gelita dan laut bergelora. Dia menjerit-jerit mencari anak lelakinya tetapi tak dapat apa2 respon. Setelah terapung2 dlm masa 30 min, beliau dapat mencapai satu tong plastik besar dan berpaut pada tong plastik bersama seorang mekanik kapal berbangsa Eqypt. Mereka cuba membuka kandungan tong plastik yang dipercayai "life raft" tetapi tidak berjaya membukanya. Setelah sejam terapung bersama tong plastik, life boat berwarna merah melalui dihadapan mereka,didalam bot tersebut ada seorang lelaki bangsa Saudi sedang mencari anggota keluarganya. Kawan saya bersama mekanik tadi berjaya memanjat life boat itu dan berusaha hampir 3 -4 jam mencari anggota keluarga masing2 dalam keadaan gelap gelita,laut gelora dan ribut (Pada hari Khamis & Jumaat, 2-3 Feb – bahagian Timur Saudi Arabia dilanda ribut pasir yang kuat ; Jeddah , juga tidak terkecuali dilanda ribut,saya menyaksikan sendiri kejadian ribut tersebut dan kerja2 kami di Jeddah juga tergendala kerana ribut pasir & angin kencang)


Kawan saya bersama 3 lelaki lain berjaya memungut seramai 42 mangsa (2 kanak2 ,3 perempuan dan selebihnya lelaki pelbagai umur). Mereka terapung2 dlm life boat selama lebih 20 jam. Kawan saya dan mangsa2 lain hanya bergantung kepada air dlm pek plastik dan biskut untuk 20 penumpang yg berada dlm “emergency kit” life boat tersebut. Setelah lebih 20 jam dihumban ombak laut yg bergelora dan dalam keadaan hysteria dan hiba sejumlah kecil penumpang, seorang Saudi yang pada awalnya telah dilantik sebagai “Ameer” dlm life boat itu berjaya menenangkan keadaan. Mereka akhirnya bertembung dgn kapal dagang Eqypt yang besar yang diarahkan melalui kawasan kejadian untuk membantu mangsa. Waktu mereka cuba diselamatkan oleh kapal dagang tersebut, keadaan laut masih bergelora kuat, ombak diantara 3 – 4 meter dan keadaan agak gelap – hanya dibantu oleh “spotlight” dari kapal. Oleh kerana kapal dagang tersebut tiada membawa apa2 kargo, tangga besi yang diturunkan tidak mencecah permukaan laut. Mangsa dalam life boat terpaksa memanjat tali lebih 4 meter untuk mencapai tangga itu. Disini mangsa menghadapi cabaran yang getir untuk memanjat ke kapal dagang dengan menggunakan tali. Kepada mangsa yang ringan, mereka mudah memanjat tali dan anak2 kapal dagang mudah menarik mereka ke atas.

Nasib kawan saya kurang baik, oleh kerana badannya agak besar dan kerana terlalu penat dia kurang bertenaga untuk memanjat dengan tali. Setelah diikat keliling badannya dengan tali,beliau cuba dinaikkan oleh anak2 kapal dagang. Cubaan menaikkan kawan saya begitu sukar sehingga seorang mangsa dalam life boat yang cuba membantu beliau telah terjatuh ke dalam laut bersama beliau dan terus terjadi pergelutan untuk menyelamat diri dari lemas.Kawan saya telah dipijak kepalanya oleh mangsa yang cuba membantu beliau. Kawan saya berjaya timbul dipemukaan laut setelah menolak kuat keatas dan berjaya ditarik oleh anak2 kapal dagang. Oleh kerana beliau terlalu penat dan tiada lagi tenaga, tali yang dipegangnya terlucut dan beliau jatuh semula kelaut. Atas kuasa Allah, setelah tenggelam dalam laut lebih 4 meter, beliau dihumban naik oleh ombak yang besar dan mangsa lain dalam life boat ternampak tangan kirinya terkeluar dari permukaan laut.
Mereka cepat2 menarik tangan kirinya dan berjaya menarik dia ke life boat. Apa yang menakjubkan kawan saya bahawa ketika beliau jatuh kebawah laut, dan ketika beliau hilang seluruh tenaga dan kuasa untuk berenang kepermukaan laut dan di waktu beliau menghadapi saat2 kematian, beliau telah berdoa kepada Allah swt supaya memaafkan dosanya dan mematikan beliau dan anggota keluarganya dalam keadaan beriman dan syahid.Beliau redha diambil nyawanya ketika itu kerana tidak sanggup lagi untuk cuba timbul kepermukaan laut kerana sudah tiada upaya untuk bertindak apa2.

Hidup dan mati bukan lah dibawah kuasa kita. Walaupun kita sudah bersedia untuk diambil nyawa dan ajal sudah menanti, walaupun sudah nazak – sekiranya Allah swt masih sayang kepada kita dan masih mahu kita meneruskan hidup di dunia ini, Allah akan buat apa2 sahaja untuk menukar nasib kita. Bagi kawan saya, Allah swt telah mengarahkan “ombak laut” supaya memukul keluar kawan saya yg telah tenggelam jauh kebawah ke permukaan laut. Atas kuasaNya juga tangan kiri kawan saya telah diangkat supaya dapat dicapai oleh mangsa lain yang berada di life boat. Menurut kawan saya, beliau telah pun tidak sedarkan diri kerana lemas dan telalu banyak terminum air laut.Setelah sedar, beliau tidak menyangka masih hidup dan telah berada di dek kapal dagang.Beliau bersyukur kpd Allah swt kerana masih memberi dia peluang untuk hidup. Setelah pulih dan sedar sepenuhnya, kawan saya memohon bantuan anak kapal dagang untuk menelefon syarikat saudaranya di Eqypt untuk mendapat berita tentang isteri dan anak2nya. Setelah beberapa ketika, anak kapal berjaya menghubungi saudara kawan saya di Eqypt dan beliau telah menerima berita gembira bahawa isteri dan 2 anak perempuannya selamat tetapi masih dalam rawatan trauma di hospital. Namun bila ditanya tentang nasib anak lelakinya, saudara kawan saya tidak dapat apa2 berita tentangnya.Keadaan diport Safaja, dimana kapal ferry itu sepatutnya berlabuh,begitu ramai sanak saudara menanti berita tentang orang2 kesayangan mereka. Kepada mereka yang selamat,yang masih dalam trauma, turut bersedih menanti berita tentang bapa,ibu, isteri,anak,abang,kakak dsb yang masih belum ditemui. Saya pasti ramai kawan2 yang dapat melihat di kaca tv, betapa susahnya polis Eqypt cuba mengawal keadaan.Kejadian ini adalah yang terburuk pernah dialami oleh ferry penumpang yang kerap kali menyeberangi laut merah, ulang alik dari Eqypt ke Saudi Arabia.

Berita tentang anak lelaki kawan saya masih belum diterima,walaupun sudah masuk hari ketiga selepas kejadian. Pada awal pagi Ahad, 5 Feb, kawan saya dikejutkan dengan panggilan telefon bimbit yang dipinjam dari saudaranya di Eqypt. Isterinya mengambil panggilan tersebut dan terus mengenali suara pemanggil. Pemangil tersebut ialah anak saudaranya atau sepupu rapat kepada anak lelaki kawan saya yang masih hilang. Dalam perbualan itu, anak saudara isteri kawan saya mengatakan beliau ada menerima panggilan dari anak kawan saya yang dikatakan masih hilang dilaut. Kawan saya dan isterinya seperti kurang percaya dan terus bertanya dari mana panggilan dari anaknya diterima. Setelah dimaklumkan bahawa panggilan dari anaknya diterima dari telefon bimbit seorang jururawat dari sebuah hospital lebih kurang 60 km dari Safaja, kawan saya terus cuba menghubungi pihak hospital tersebut dan akhirnya dengan bantuan telefon bimbit jururawat tersebut, kawan saya akhirnya dapat bercakap dengan anaknya. Kawan saya dan isterinya seperti tidak menyangka bahawa Allah telah menyahut doa mereka supaya diketemukan dengan anak lelaki kesayangan mereka. Diawal pagi Ahad,tanpa lengah2 mereka terus bertolak ke hospital tersebut dan alangkah bahagianya mereka sekeluarga setelah berjumpa dan melihat anaknya selamat dan sedang diberi rawatan trauma yang ringan.

Hanya kawan saya sekeluarga sahaja yang terselamat dari bencana ini.Keluarga yang lain,samada kehilangan suami/ isteri/ anak lelaki/anak perempuan; ada anak2 yang jadi yatim piatu, isteri yang kehilangan kesemua anggota keluarga dan sebagainya. Menurut cerita seorang tua bangsa Saudi yang terselamat, beliau kehilangan isteri dan anaknya, terapung2 dilaut keseorangan,tanpa life jacket atau bantuan apa2,cuma terlentang dengan muka dan badannya meghadap ke langit, selama lebih 2 hari dan hanya bergantung hidup kepada embun laut yang disapu dibibir.Beliau mengatakan bahawa setiap kali ketika sedar dia akan berzikir dan bila masuk waktu solat,dia akan menyampaikan azan dan sembahyang dalam keadaan terapung2. Akhirnya beliau dapat diselamatkan oleh kapal penyelamat yang berjaya mengesannya.

Banyak mangsa yang mati kerana lemas kerana tidak sempat memakai jeket keselamatan ataupun mati akibat terjatuh hempap diatas badan kapal,atau terkena hentakan besi kapal yang ranap dan sebagainya. Kawasan kejadian juga dikatakan penuh dengan ikan jerung. Setiap anggota keluarga kawan saya, dari isteri kepada 3 anak mereka, mempunyai cerita tersendiri bagaimana mereka menghadapi saat2 kematian dan terapung2 dilaut dan akhirnya diselamatkan. Saya tidak dapat menceritakan sepenuhnya kerana ketika kawan baik saya ini menceritakan bahagian dia, setiap seketika dia menitiskan air matanya apabila menyingkap kembali perkara pahit getir yang dilalui ketika kejadian bencana.

Kepada kita yang masih hidup dan yang masih belum ditimpa dugaan besar Allah atau diberi musibah besar ketika ini, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dari cerita ini, supaya kita sentiasa berusaha meningkat keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah dan selalulah berbaik dan bermurah hati sesama insan yang lain tak kira apa bangsa dan ugama. Beri dan tambahlah kasih sayang terhadap suami/isteri/anak/ibu dan bapa dan insaflah dari segala perbuatan buruk kita selama ini dan sentiasa beristiqfar dan bertaubat kepada Allah atas segala perlakuan kita yang bertentangan dengan kehendakNya dan menghormati ajaran dan petunjuk yang telah diberikan melaui Rasullullah s.a.w , Rasul kesayangan kita. Jadikan Al Quran dan sunah Nabi sebagai panduan hidup. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Friday, February 10, 2006

Seminggu Berlalu
Dah seminggu aku dok sini sorang2, sedih mengenangkan anak bini yang dok dekat Kuala Lumpur. Tapi apa kan daya, rezeki aku dekat sini.
Dekat sini kami cuti mula dari Rabu sehingga ke Sabtu, hari ni pun tak kerja sebab dia orang semua mengenang hari Syaidina Hussain di bunuh dan hari Ashura.
Aku jalan sorang2 beberapa kilometer bertujuan meninjau apa yang dia orang buat masa cuti nih, tinjau punya tinjau, sekor manusia pun tak nampak pada jam 10 pagi, dia orang rupanya berkurung kat rumah kerana tengahari nya dia orang akan berarak sepanjang jalan utama di tehran ni dengan pakaian serba hitam, berkabung agaknya dengan satu drum...dum...dum...kalau boleh aku nak le beli sayur ke, ayam ke sebab aku dah makan tin punya makanan yang aku bawak dah hampir 4 hari, tak leh tahan jugak. Akhir nya dengan kekecewaan aku balik la setelah semua kedai yang aku pergi tutup dengan rantai besi. Jadi aku pun makan le tengahari tu dengan Kari Ayam dalam tin lagi.
Pada hari Jumaat, semalam seteleh sembahyang Jumaat dekat embassy Indonesia, Pok Nik mengajak aku makan rumah dia bersama sorang lagi kawan, Haji Razali. Kita pekena Nasi Dagang dengan kuah ikan Tongkol, best beb dan malam nya aku tak yah masak sebab dah di bekal kan dengan makanan yang sama oleh isteri Pok Nik, Kak Ummi yang jelita dan pandai masak.
Gitule, hari ni hari Sabtu, masih cuti tapi aku bercadang nak gi offis, buat2 sibuk dan sikit kerja sebab projek aku tu dah nak jalan pada 21st February nih. Harap2 masa tu sibuk dan kurang le sikit teringat anak bini dekat Malaysia.
Salam hormat.

Friday, February 03, 2006

Cuti 2 Minggu

Salam, dan berjumpa kembali, aku dah syok dok KL nih selama dua minggu, maka esok 4hb February 2006, aku akan berangkat ke Tehran lagi dengan pesawat Qatar Airways.

Tak dapat nak aku cerita dan gambarkan macamana seronok nya dok KL, perut pun makin membulat di buatnya.

Besssssssssssssst gilerrrrr

Tuesday, January 10, 2006

Hari Raya Qurban

Dan hari ini hari Selasa 10th January 2006, umat Islam seluruh dunia meraikan hari yang mulia ini, Aidi Adha. Ada yang suka puasa sunat dah pun puasa semalam. Dan hari ni lah jugak aku terpaksa kerja kerana di sini hari raya Aidil Adha nya hari Rabu, besok.....sabar je Iran nih pelik dan banyak sangat le benda tak sehaluan dengan negara Islam lain. Apa nak buat.....alim ulama kan ramai kan sini biar le dia jawab.

Aku dah skip sembahyang sunat raya dan kutbah hari raya di sebabkan opis aku tak tutup, oleh kerana Malaysian Embassy jemput all Malaysian dekat sini termasuk le Cina dan India datang meraikan aku pun berhelah le dengan boss yang aku ada meeting dengan contractor...padahal aku ni pergi dekat embassy pekena nasik beriani...peh...sekali sekala makan masakan melayu ni, terangkat le jugak dan sampai bila aku balik opis terlentuk sekejap. Dah le cab driver benggap, jalan pi embassy pun tak tahu alasan nya aku tulis alamat ikut rumi dan bukan ikut Parsi, mau sejam gak aku nak sampai ke embassy padahal kalau aku jalan 20 minit dah sampai dekat ofis dia orang...tapi hari ni salji turun terlalu lebat..kena le naik cab...

Dah sampai dekat pukul 2 petang....acara semua dah habis, Cuma aku sampai tu betul2 masa untuk makan, aku tengok boleh tahan jugak le ramai nya datang termasuklah Indonesia Embassador dan Brunei Embassador. Dah tengok orang dok makan, aku pun hayun le nasik briayi sampai bertambah2...lepas tu pekena lak buah melaka kegemaran ku dan acara seterus nya baru le aku salam dengan Dato’ dan kawan2 Malaysian lain. Melayu kat sini kira dasyat le jugak, ada kahwin dengan mamat Jerman, ada kahwin dengan mamat Iran....boleh tahan yek perempuan melayuuuu.( bukan yang terakhir.....), di jamin esok kaum melayu jadi macam bangsa cina yang sekarang nih tengah menguasai dunia...mana2 pergi pun, mesti jumpa dia orang...tak kira le yang dari Malaya atau pun tanah besar China. Aku pun agaknya macam cina yek...dah le report dekat Shenzen, China – aku punya base....sah Cina.

Ada jumpa minah Penang kahwin dengan mamat Iran nih, dah dok sini tujuh tahun bebbbbb...dan dok le borak2, dia cakap aku ni rindu le sangat nak tengok Malaysia, dah lama tak balik, kesian minah nih, tapi dia okay le, tak de lah bangga diri macam mamat2 iran nih, berlagak nak mam**s. Kita tak sempat borak panjang sebab aku nampak dia masa last last dia salam nak balik je, dia ajak pi rumah tapi biasa le segan la, dia cakap kalau datang kita pi Bazar Bozor, tepi rumah dia je, aku cakap Insya Allah je lah, lagi pun bini orangggggg...

Lain2 cerita untuk di laporkan setakat ni tak da la sebab aku dok sini hari2 macam biasa je, tak da benda yang pelik berlaku lagi. Dan aku akan balik menjeguk bini dan anak2 pada 20th January 2006 selama seminggu...yesssssssssss. Akhirnya aku balik untuk sementara....

Wednesday, January 04, 2006

Bila Lagi Aku nak Balik II

Hari ni Khamis, dan Jumaat, aku pun bercuti lah lagi. Tiba masanya merasa gelabah kerana tak da plan yang dapat mengisi kekosongan hujung minggu di tempat orang. Kawan kawan semua entah kemana dan tak dapat lak tu nak contact dan kalau nak pergi pun sorang dok west dan sorang dok east, aku lak duduk north of Tehran. Apa2 pun lepak le kat rumah dan picit le sattelite tv 700 channel tu sampai habis.....sampai tertidor!!!!

Aku ni dok asyik hantar orang balik je!!! Bila aku nak balik nya? Bermula lah cerita yang aku cuba le mintak dengan PMO boss aku nak balik pada Jumaat ni sebab nak beraya haji dengan anak bini, borak punya borak dan bodek punya bodek, tak di approve nya aku balik sebab dia kata aku datang sini tak sampai dua bulan lagi...apa la mangkok nya..kan aku dah cakap aku nak beraya dengan bini dan anak2 aku, tapi tak pa, visa aku baru sambung dan dapat dua minggu lak tuh....aku ada satu chance lagi, kalau visa aku extend sekali lagi dapat dua minggu jugak, maka hujung bulan ni aku dok le berbulan madu di KL lebih kurang satu minggu. Aku sebenarnya dah pakat dengan sorang lagi member Jordan nih nak adjust supaya kami dapat balik beraya.....tapi kedua dua nya sia sia......

Hari Sabtu, Ahad, Senin, Selasa, Rabu...macam biasalah...kerja, dok office buat2 sibuk almaklumlah geng2 marketting tak dapat settle kan aku punya project lagi, tak dapat jalan2 lagi...dok tengah gaduh sama2 share holder, jadi aku enjoy myself kat office, buat2 sibok dan merayau rayau. Untuk pengentahuan Rojak Buah, hang tak dapat le merasa main snow noo.....sapa suruh balik cepat2, 25th December petang ada salji turun, tapi tak lekat lama....tapi sapa2 yang tak pernah main salji dah pasti seronok...aku bukan apa; LIMA tahun aku dok Tuscaloosa, Alabama....tapi kampung jugak la sebab dekat sana 2 tahun sekali snow susah nak hinggap....bila turun je snow sekali sekala semua pakat keluar kejar2 dekat padang universiti kita tuh....rupanya geng2 Tuscaloosa ni pun darak jugak, dia orang pun dok main kejar2 gak....tapi dia lain le kejar2 dengan makwe, kita kejar2 dengan balak....kahh..kahhh, masa muda muda dan teruna loooo!!!!!!.

Berbalik kepada cerita aku nak balik nih....aku dengan perasaan sedih gak le sebab permohonan aku nak balik di tendang bulat2, apa kan daya. Aku dah cakap le dengan bini aku, tahun ni beraya le dengan anak2 dekat KL, kalau tahun lepas dapat le beraya dengan Bangla dekat kampung kita di Dhaka tuh. Tapi memang syok habis beraya korban dekat sana sebab hang boleh korban sekor lembu sorang...kerana harga lembu sekor tahun lepas baru le RM400,,,,peh...dekat Malaysia dapat le dua bahagian, tapi dekat sana tujuh bahagian beb....lebih satu je kira sedekah sebab anak aku empat, dan bini satu jee....itu pasal lebih satu bahagian...apa2 pun itu kenangan yang tak dapat di lupakan. Jadi nampak gayanya tahun ni terpaksa le beraya dekat sini. Dan aku dah tanya dengan embassy, kita ada buat korban ke apa.....dia senyum je....kita datang je lah sembahyang Aidil Adha dekat Indonesia Embassy tuh....tengok macamana???????. Aku ni kira sentimental le sikit sebab bila sebut je pasal beraya nih aku mula ingat anak2, tak dapat bayang kan macamana anak bujang aku dan anak dara aku pergi ke surau dengan kawan2 dan tanpa ayah di sisi...sedih aku mengenangkan mereka kerana mereka sangat rapat dengan bapak dia nih, bapak le ayah dan bapak le kawan bermanja...lonni dan dekat nak dua bulan ni aku tak tahu le perasaan dia orang macamana. Yang aku tahu aku amat kesian kan anak2 aku tu terutama bila start sekolah pada 3hb January 2006 hari tuh. Aku tahu perasaan anak dara aku tu bila masuk kelas tanpa di iringi oleh bapak tersayang walhal bapak orang lain ada bersama mereka dan satu lagi aku tak tahu le macamana dia nak sesuai kan balik alam persekolahan nya di sana. Aku rasa okay kot sebab dia di besarkan dalam alam melayu dan dapat cakap melayu....Insya Allah okay dan semoga dia dapat catch up balik syllabus dan matapelajaran dekat KL tuh. Aku tak risau pasal anak teruna aku kerana kebetulan anak jiran aku tu sekelas dengan dia, jadi start dari rumah dan sampai di sekolah dia bersama sama berlari kesana kemari, cukup gembira dia....walaupun di iringi oleh mak dia je....sekarang ni apa yang aku boleh buat, bila skype ke chit chat ke dengan dia orang hari hari aku tanya perkembangan dia orang dekat sekolah....dia orang kata boleh le tapi tak seronok sebab ayah tak da sama.....itu yang sedih dan pilu tuh....apa2 pun anak2 ku selamat bersekolah dan belajar pandai pandai. ...dengan bantuan teknologi jalur lebar maka kami dapat le melihat wajah masing2 bila berkomunikasi dan rasa rindu tu sedikit kurang le...dapat nengok anak2 gelak, itu dah di kira memadai setakat ini.

Jadi semoga dengan kemunculan hujung January nanti dapat le aku pulang menjengok bini dan anak2 ku di KL. Selamat menyambut Aidil Adha kepada kawan2 semua.