Tuesday, January 10, 2006

Hari Raya Qurban

Dan hari ini hari Selasa 10th January 2006, umat Islam seluruh dunia meraikan hari yang mulia ini, Aidi Adha. Ada yang suka puasa sunat dah pun puasa semalam. Dan hari ni lah jugak aku terpaksa kerja kerana di sini hari raya Aidil Adha nya hari Rabu, besok.....sabar je Iran nih pelik dan banyak sangat le benda tak sehaluan dengan negara Islam lain. Apa nak buat.....alim ulama kan ramai kan sini biar le dia jawab.

Aku dah skip sembahyang sunat raya dan kutbah hari raya di sebabkan opis aku tak tutup, oleh kerana Malaysian Embassy jemput all Malaysian dekat sini termasuk le Cina dan India datang meraikan aku pun berhelah le dengan boss yang aku ada meeting dengan contractor...padahal aku ni pergi dekat embassy pekena nasik beriani...peh...sekali sekala makan masakan melayu ni, terangkat le jugak dan sampai bila aku balik opis terlentuk sekejap. Dah le cab driver benggap, jalan pi embassy pun tak tahu alasan nya aku tulis alamat ikut rumi dan bukan ikut Parsi, mau sejam gak aku nak sampai ke embassy padahal kalau aku jalan 20 minit dah sampai dekat ofis dia orang...tapi hari ni salji turun terlalu lebat..kena le naik cab...

Dah sampai dekat pukul 2 petang....acara semua dah habis, Cuma aku sampai tu betul2 masa untuk makan, aku tengok boleh tahan jugak le ramai nya datang termasuklah Indonesia Embassador dan Brunei Embassador. Dah tengok orang dok makan, aku pun hayun le nasik briayi sampai bertambah2...lepas tu pekena lak buah melaka kegemaran ku dan acara seterus nya baru le aku salam dengan Dato’ dan kawan2 Malaysian lain. Melayu kat sini kira dasyat le jugak, ada kahwin dengan mamat Jerman, ada kahwin dengan mamat Iran....boleh tahan yek perempuan melayuuuu.( bukan yang terakhir.....), di jamin esok kaum melayu jadi macam bangsa cina yang sekarang nih tengah menguasai dunia...mana2 pergi pun, mesti jumpa dia orang...tak kira le yang dari Malaya atau pun tanah besar China. Aku pun agaknya macam cina yek...dah le report dekat Shenzen, China – aku punya base....sah Cina.

Ada jumpa minah Penang kahwin dengan mamat Iran nih, dah dok sini tujuh tahun bebbbbb...dan dok le borak2, dia cakap aku ni rindu le sangat nak tengok Malaysia, dah lama tak balik, kesian minah nih, tapi dia okay le, tak de lah bangga diri macam mamat2 iran nih, berlagak nak mam**s. Kita tak sempat borak panjang sebab aku nampak dia masa last last dia salam nak balik je, dia ajak pi rumah tapi biasa le segan la, dia cakap kalau datang kita pi Bazar Bozor, tepi rumah dia je, aku cakap Insya Allah je lah, lagi pun bini orangggggg...

Lain2 cerita untuk di laporkan setakat ni tak da la sebab aku dok sini hari2 macam biasa je, tak da benda yang pelik berlaku lagi. Dan aku akan balik menjeguk bini dan anak2 pada 20th January 2006 selama seminggu...yesssssssssss. Akhirnya aku balik untuk sementara....

Wednesday, January 04, 2006

Bila Lagi Aku nak Balik II

Hari ni Khamis, dan Jumaat, aku pun bercuti lah lagi. Tiba masanya merasa gelabah kerana tak da plan yang dapat mengisi kekosongan hujung minggu di tempat orang. Kawan kawan semua entah kemana dan tak dapat lak tu nak contact dan kalau nak pergi pun sorang dok west dan sorang dok east, aku lak duduk north of Tehran. Apa2 pun lepak le kat rumah dan picit le sattelite tv 700 channel tu sampai habis.....sampai tertidor!!!!

Aku ni dok asyik hantar orang balik je!!! Bila aku nak balik nya? Bermula lah cerita yang aku cuba le mintak dengan PMO boss aku nak balik pada Jumaat ni sebab nak beraya haji dengan anak bini, borak punya borak dan bodek punya bodek, tak di approve nya aku balik sebab dia kata aku datang sini tak sampai dua bulan lagi...apa la mangkok nya..kan aku dah cakap aku nak beraya dengan bini dan anak2 aku, tapi tak pa, visa aku baru sambung dan dapat dua minggu lak tuh....aku ada satu chance lagi, kalau visa aku extend sekali lagi dapat dua minggu jugak, maka hujung bulan ni aku dok le berbulan madu di KL lebih kurang satu minggu. Aku sebenarnya dah pakat dengan sorang lagi member Jordan nih nak adjust supaya kami dapat balik beraya.....tapi kedua dua nya sia sia......

Hari Sabtu, Ahad, Senin, Selasa, Rabu...macam biasalah...kerja, dok office buat2 sibuk almaklumlah geng2 marketting tak dapat settle kan aku punya project lagi, tak dapat jalan2 lagi...dok tengah gaduh sama2 share holder, jadi aku enjoy myself kat office, buat2 sibok dan merayau rayau. Untuk pengentahuan Rojak Buah, hang tak dapat le merasa main snow noo.....sapa suruh balik cepat2, 25th December petang ada salji turun, tapi tak lekat lama....tapi sapa2 yang tak pernah main salji dah pasti seronok...aku bukan apa; LIMA tahun aku dok Tuscaloosa, Alabama....tapi kampung jugak la sebab dekat sana 2 tahun sekali snow susah nak hinggap....bila turun je snow sekali sekala semua pakat keluar kejar2 dekat padang universiti kita tuh....rupanya geng2 Tuscaloosa ni pun darak jugak, dia orang pun dok main kejar2 gak....tapi dia lain le kejar2 dengan makwe, kita kejar2 dengan balak....kahh..kahhh, masa muda muda dan teruna loooo!!!!!!.

Berbalik kepada cerita aku nak balik nih....aku dengan perasaan sedih gak le sebab permohonan aku nak balik di tendang bulat2, apa kan daya. Aku dah cakap le dengan bini aku, tahun ni beraya le dengan anak2 dekat KL, kalau tahun lepas dapat le beraya dengan Bangla dekat kampung kita di Dhaka tuh. Tapi memang syok habis beraya korban dekat sana sebab hang boleh korban sekor lembu sorang...kerana harga lembu sekor tahun lepas baru le RM400,,,,peh...dekat Malaysia dapat le dua bahagian, tapi dekat sana tujuh bahagian beb....lebih satu je kira sedekah sebab anak aku empat, dan bini satu jee....itu pasal lebih satu bahagian...apa2 pun itu kenangan yang tak dapat di lupakan. Jadi nampak gayanya tahun ni terpaksa le beraya dekat sini. Dan aku dah tanya dengan embassy, kita ada buat korban ke apa.....dia senyum je....kita datang je lah sembahyang Aidil Adha dekat Indonesia Embassy tuh....tengok macamana???????. Aku ni kira sentimental le sikit sebab bila sebut je pasal beraya nih aku mula ingat anak2, tak dapat bayang kan macamana anak bujang aku dan anak dara aku pergi ke surau dengan kawan2 dan tanpa ayah di sisi...sedih aku mengenangkan mereka kerana mereka sangat rapat dengan bapak dia nih, bapak le ayah dan bapak le kawan bermanja...lonni dan dekat nak dua bulan ni aku tak tahu le perasaan dia orang macamana. Yang aku tahu aku amat kesian kan anak2 aku tu terutama bila start sekolah pada 3hb January 2006 hari tuh. Aku tahu perasaan anak dara aku tu bila masuk kelas tanpa di iringi oleh bapak tersayang walhal bapak orang lain ada bersama mereka dan satu lagi aku tak tahu le macamana dia nak sesuai kan balik alam persekolahan nya di sana. Aku rasa okay kot sebab dia di besarkan dalam alam melayu dan dapat cakap melayu....Insya Allah okay dan semoga dia dapat catch up balik syllabus dan matapelajaran dekat KL tuh. Aku tak risau pasal anak teruna aku kerana kebetulan anak jiran aku tu sekelas dengan dia, jadi start dari rumah dan sampai di sekolah dia bersama sama berlari kesana kemari, cukup gembira dia....walaupun di iringi oleh mak dia je....sekarang ni apa yang aku boleh buat, bila skype ke chit chat ke dengan dia orang hari hari aku tanya perkembangan dia orang dekat sekolah....dia orang kata boleh le tapi tak seronok sebab ayah tak da sama.....itu yang sedih dan pilu tuh....apa2 pun anak2 ku selamat bersekolah dan belajar pandai pandai. ...dengan bantuan teknologi jalur lebar maka kami dapat le melihat wajah masing2 bila berkomunikasi dan rasa rindu tu sedikit kurang le...dapat nengok anak2 gelak, itu dah di kira memadai setakat ini.

Jadi semoga dengan kemunculan hujung January nanti dapat le aku pulang menjengok bini dan anak2 ku di KL. Selamat menyambut Aidil Adha kepada kawan2 semua.