Saturday, December 31, 2005

Bila Lagi Aku nak Balik...

Jumaat, semalam – aku pagi pagi lagi bangun untuk bertemu dengan kawan Mercy yang datang merasmikan satu projek hospital di BAM, it was very nice building made by Iranian contractor ever. Hospital tu macam hotel pulak. Gambar tu telah di tunjuk kan kepada aku melalui digital kamera nya sahaja dan aku tak dapat le nak publish kan dekat sini. Sebenarnya kawan aku ni kira ketua operasi MERCY di Acheh, di sebab kan dulu dia pun bertanggung jawab untuk mangsa mangsa BAM, maka dia pun datang lah jugak mengiringi President Mercy, Dato’ Dr Jamilah dan Datin Susan, one of the volunteer jugak.

Masa tu dah pukul 10:00 pagi dan sambil sambil kami borak tu, teringat dia nak cari cendera mata dekat isteri dan kawan kawan tersayang di Malaysia. Maka di sebab kan semalam kebanyakan kedai2 di sini tutup, kami dengan berkeyakinan pergi ke satu shopping center yang terletak di Tajriz Square. Syukur kerana ada jugak kedai kedai yang bukak walau separuh tu tutup, sedar tak sedar kami berjalan dan aku mengiringi kawan ni, waktu dah menunjukkkan 1230 tengahari, gelabah aku kerana sembahyang Jumaat dekat Indonesia Embassy mula pada pukul 1245 tengahari. Kerana tempat ni kira jauh jugak dari Embassy, kami bercadang melalukan sembahyang Zohor sahaja bila sampai ke hotel penginapan dia. Pusing punya pusing, waktu menunjukkan pukul 230 petang, dan perut kami mula terasa lapar....dan dengan itu kami pun singgah di satu kafe masakan cina, tapi pak Iran yang masak, kami pun berenti le makan, si kawan aku ni makan meggi goreng dan aku pekena nasik goreng cina, boleh le untuk mengalas perut yang kelaparan nih.

Lepas makan, kami take a cab dan sampai di hotel penginapan kawan aku, sampai je aku terus sembahyang Zohor, dan menunggu Asar pada 330 petang. Kami sambung borak dan kerja Mercy ni pun macam aku jugak rupanya, tinggal anak bini. Sebenarnya brother ni base dekat Niaz Island, Aceh dan menjaga segala operasi Mercy di sana. Dia cerita le macamana sebuah kapal besar tersadai di tengah tengah perkampungan dan kalau di fikirkan tidak ada jalan lain untuk membawa keluar semula kapal tersebut melainkan merobohkan 5 ke 6 rumah penduduk di sana kerana kapal tu di kelilingi oleh rumah2 penduduk dan juga cerita tak lain tak bukan tentang keajaiban sebuah masjid yang tidak lekang pun dek pukulan ombak Tsunami walau kawasan sekeliling nya hancur berkecai.
Itu lah kuasa Allah. Dan juga yang paling menyentuh hati ku bila membaca satu keratan akhbar di Harian Metro yang di tunjukkanya mengisah kan tentang kerinduan seorang anak perempuan yatim piatu, korban Tsunami kepada Norazam. Di harap saudara Norazam tidak marah kerana publish kan namanya di public posting ini. Dan di antara intipati nya yang menyentuh hati aku ialah ” Kami rindu kan Pak Azam, kami tahu Pak Azam sibuk dengan tugas2 membantu, jika ada kelapangan jengok jengok lah kami di Lampook ini” Betapa pengorbanan saudara Azam kita ni kepada masyarakat Acheh begitu di hargai sehingga membawa kesan yang mendalam kepada hati masyarakat di sana. Semoga pengorban brother Azam di berkati oleh Allah hendaknnya, Insya Allah.

Jam dah menunjukkan 520 petang, dan tiba waktunya sembahyang Magrib dan kami sempat berjemaah sebelum saudara kita ni bergerak menuju ke Imam Khomeini Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Lepas kami turun dan menenemui Dato Dr Jamilah dan Datin Susan, it is also time for me say good bye to saudara Noarazam, sempat pelok arab lagi. Dan beliau akan berada di KL selama 5 hari, bermesra dengan anak bini, dan dia akan ke Niaz lagi untuk melaksanakan tanggung jawab yang masih belum selesai. Selamat berangkat saudara Azam.

Lepas tu aku pun balik le ke apartment ku, lepak, sembahyang dan tidor kerana hari esoknya aku memulakan kerja untuk satu minngu lagi.

Dan pagi tadi aku dah mula Skype dengan biniku dan anak2 kerana mereka telah selamat sampai ke KL, syukur Alhamdulillah.

Wassalam.

Thursday, December 29, 2005

Ala Hai......

Selamat menyambut tahun baru kepada kawan2 sekalian, dah sebulan lebih aku mengembara di tanah asing tanpa keluarga tercinta di sisi. Perasaan rindu dekat bini dan anak anak dah terasa sangat, macamana nak sampai dua bulan nih....ingat nak dua bulan sekali balik tengok dia orang...baru sebulan 5 hari aku dekat sini tapi rasa dah rindu semacam je....sabar je lah banyak2 Cindai....segala nya dah di tentukan oleh Allah S.W.T. Mungkin dah begini tertulis nasib ku, mengembara, mencari rezeki di bumi asing, di tempat orang. Kalau pikir pikir boleh leleh airmata ku nih dibuat nya, tapi sabar Cindai ...sabar banyak2 orang lain pun kerja jauh macam hang jugak. Mungkin satu hari kau dapat balik kerja dekat KL yang indah itu....Insya Allah.

Dan lusa – 31st December, merupakan harijadi anak bongsu ku....yang keempat dan yang terakhir, baru setahun, ini anak dara ni cukup menarik..... tembam you...dan yang paling menarik bila dia senyum...best. Kakaknya cakap si bongsu nih dah tumbuh gigi dan dah mula jalan, bestnya kalau aku dapat bersama makya menikmati dan menjaga anak yang tengah nak membesar. Selamat Harijadi bongsu ku.

Esok biniku dan anak2 akan bertolak dari kampung, Muar ke KL setelah dua minggu tinggal dengan atuknya dan kebetulan kakak iparku melangsungkan perkahwinan anak sulongnya pada 25th December 2005 lalu, tahniah kakak ku kerana dapat menantu yang pertama. Juga buat anak buah ku, jangan ambik hati kerana tak dapat balik ketika perkahwinan di langsungkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan selamat memulakan penghidupan berumah tangga. Teringat aku masa mula2 kahwin 12 tahun yang lalu....susah nya untuk memulakan sebuah kehidupan bersama isteri tercinta kerana kesuntukan dari segi keewangan..maklumlah aku datangnya dari keluarga miskin, mak bapak aku dok kampung tanam padi je....itu pun kalau di kenang kenangkan sedih giler....tapi Alhamdulilah, dengan kehadiran anak anak, rezeki kami bertambah dan tidaklah susah sangat macam masa mula2 kahwin dulu..dan berbekal kan keyakinan bahawa Allah janjikan rezeki kepada setiap anak, maka kehidupan kami mula berubah dan ianya disedari oleh kami suami isteri dengan penuh keSyukuran... Alhamdulillah, sesungguhnya Engkau lah yang Maha memberi rezeki.

Aku dah dapat bayangkan kesusahan bini ku menyediakan segala peralatan sekolah, baju, kasut sekolah baru dekat anak2 ku yang perempuan sulong dan yang lelaki kedua. Anak kami dua pasang – dua laki dan dua perempuan, semuanya manja bapak, tapi dah sebulan lebih dah tak dapat bermanja manja dengan bapak. Kesian anak perempuan sulongku tu, aku nak mai sini dia dah pandai menangis....tapi aku rasa bini aku boleh buat sebab dia tu lain sikit independent nya. Balik esok terus pergi beli baju,seluar kasut dan buku sekolah, apa2 pun belum beli lagi nak sekolah nya lagi tiga empat hari ye tak. Harap2 okay le kot bini aku buat sendiri.

Hari ni hari Khamis, dekat sini cuti, esok Jumaat jugak cuti, maka dua hari ni le paling aku tak tentu arah. Nak gi opis nanti dia orang kata aku ni rajin sangat terutama masa tak da kerja gini, kalau ada kerja aku pergi je, lepak2 sambil siap kan kerja, report ke apa ke, ini kerja pun belum tentu jalan lagi walau kontrak dah sian. Kejap tadi kawan lama TMI dekat KL email aku dan dia nak mai sini pada 6.1.2006 dan akan tinggal di Iran dalam beberapa bulan. Selamat datang kawan ku tapi dia tak akan tinggal di Tehran, dia kena posting dekat Esfahan which is satu jam dari sini, kalau ambik flight la, kalau drive maunya satu hari. Mesti dia mati kutu macam aku kat sini sebab dekat sana lagi le batang hidong melayu lagi le tak nampak. At least aku dekat sini setiap Jumaat tu mesti jumpa kawan kawan yang lima nam orang tuh, mesti borak panjang sampai ke petang. Itu terjadi minggu lepas bila kita lepas sembahyang Jumaat, si brother embassy ni ajak makan rumah dia, apa lagi, tak lepas kan peluang la ...pekena sambal belacan, dua pinggang aku tambah, segan ada malu ada tapi dah sebulan kan tak kena curry dengan sambal belacan, belasah je lah. Lepas tu kita borak pasal mancing le, pasal golf la sampai le asar terlepas, sedar2 dah masuk magrib, apa laa....$##$%...sorang pun tak sempat sembahyang asar...tapi at least aku ada kawan2 walau masing2 tinggal jauh antara satu sama lain.

Hari nih, aku pagi2 lagi siap nak jumpa kawan2 dari Mercy dekat Laleh International Hotel, lepak2 jelah dan cerita macamana kehidupan BAM setelah berlakunya gempa bumi yang dasyat tempohari. Itu le kerja dia orang tanpa mengharap balasan apa apa dari umat manusia. Mereka rela mengorban kan diri untuk menolong manusia sejagat yang didalam kesusahan, walau kena tembak. Mampu kah kita melakukan seperti dia orang laku kan???? Kena tanya diri kita....nanti kita mesti pikir kalau aku tolong orang anak bini aku tak terjaga macamana ehhh??? Eshhhhhh. Tapi kira aku respect la dia orang nih, walaupun sibuk dengan tugas2 atau business masing masing, mereka sempat lagi mengaturkan masa untuk beramal dan menolong pada yang memerlukan...tahniah MERCY...wa tabik lu.

Lepas lepak tu aku pi la groceries, hari ni aku beli sebungkus spagetti which is aku dah masak ala mee goreng dah tadi, buah2 dan roti untuk aku breakfast esok, esok hari Jumaat kan...dan bila dah siap masak, makan dan lepak depan TV, tengok le CNN pasal gaduh Israel dengan Palestine nih. Tengok je lah...dalam hati, pi mampus le Israel...apenya le perjanjian damai apa ke...dah tertulis dah umat Islam dan Israel nih tak kan dapat berkawan nyeee. Lepas tuh aku siapkan baju dan seluar aku untuk kerja minggu depan, apa lagi gosok le siap2 lima baju dan lima seluar, kesian aku. Dan yang paling tak syok malam nih ialah kesemua aku punya heater tak berfungsi, aku tak dapat bayangkan aku nak tidor macamana malam nih, ni boleh le tahan sejoknya. Aku rasa kena la pakai t shirt banyak2, jaket dan pakai dua tiga selimut, boleh le kot sementara nak tunggu esok.....esok Jumaat dan dapat le jumpa dan bercakap melayu lagi......

Semoga anak bini aku selamat sampai ke KL esoknya, dan kepada kawan2 sekali lagi Selamat Menyambut Tahun Baru 2006, semoga kita sama sama berjaya dunia dan akhirat.

Wassalam.

Tuesday, December 20, 2005

Pindah ke Apartment

Akhirnya aku telah pun pindah ke apartment dari hotel pada 18 December 2005 since Rojak Buah dah pun nak balik hari Khamis nih…selamat balik ke KL dan semoga segala penyakit penyakai semuanya hilang bila dah jumpa anak bini. Dia dah sound aku dia tak sempat datang ke apartment aku sebab terlalu busy dan dah terlalu excited dah…..

Apa harus aku lakukan?....

Semalam aku dah beli sekor ayam, sekilo daging, sayur2, garam, beras, gula, teh, bawang putih, bawang merah…dan juga roti untuk aku breakfast bersama 10 biji telor….aku ingat nak masak le hari nih bila petang nanti. Pandai ke aku????

Breakfast : Roti, teh dan dua bijik telor mata kerbau.

Lunch : Of course dekat restoran mana2 yang ternampak – boring betul !!!!

Dinner : Aku ingat nak goreng ayam, masak sayur cukup le dengan nasi putih.
Kalau Rojak Buah teringin nak makan telor goreng – dgn cili, dan bawang potong. Mai le kejap sini...tapi tak pa dia dapat lebih lagi dekat KL nanti.

Kalau pasal nak masak Asam Pedas, jangan harap le kecuali balik nanti bawak segala kelengkapan seperti cili kering, belacan dan daun kesum ka...mai tanam sini. Semalam aku dok intai2 jugak, mana nya bawang merah, kecik? Tak da pun. Kalau mengikut petua bini aku, kalau nak sedap asam pedas kena cari bawang merah yang bagus...kalau biasa2 tu dah jadi tak sedap bau dia.

Apa lagi harus ku laku kan.......

Friday, December 16, 2005

22 Hari Sudah Berlalu

Sedar tak sedar aku dah dua puluh dua hari berada di sini. Di pendekkan cerita aktiviti ku hanyalah sama setiap hari dan tidak sedikit pun berubah sepanjang waktu itu. Bangun pagi mandi pergi office, petang balik mandi, makan dan tidor, bangun lak esok pagi dan aku buat bende yang sama je hari hari. Dan kadang kadang aku bernasib baik di sebab kan rakan senasib aku masih berada di sini sepanjang waktu itu, kalau boring, lepas balik kerja tu call dia dan kita pergi jalan jalan sepanjang steet tempat kami semua menginap walaupun kadang2 tak beli apa2 pun....sekadar berjalan dan tengok pemandangan. Boleh le...ini aku tak dapat bayang kan macamana aku nak dok sorang sorang di bumi asing ni setelah brother kita tu dah nak balik pada minggu depan....pengsan aku. Tapi okaylah sebab aku pun nak pindah ke apartment baru dekat dengan office, jadi dengan suasana baru aku cuba sesuai kan diri sendiri dan cuba berkawan dengan bantal, tilam dan TV. Aku kira bersyukur sebab di apartment baru tu akan tuan nya sediakan semuanya, termasuk le cable TV haram – tak laa boring sangat boleh le membelek2 semua siaran yang ada. Kalau dekat sini peeehhh...semua bahasa dia, paling kuat boleh le aku ON kan CNN or BCC tu 24 jam, biar dia bercakap sorang sorang.

Aku macam biasa bangun pagi seawal 530 am. Dah menjadi tabiat agaknya, asal 530 am je bangun. Mungkin aku dapat latihan masa aku di Bangla dulu sebab bila 530am terdengar azan sekuat kuatnya di sebabkan apartment ku di sebelah masjid di situ, jadi aku pun dah biasa macam tuh…dekat sini pun aku dengar jugak sayup2 tapinya, yang aku dengar lain sikit azan nya…..dalam azan tu mesti ada ALI…..yaaa Ali selepas Mohammad rasulu-allah.Aku pun tak berani comment la pasal geng geng dia nih sebab aku ni bukan nya bijak pandai dalam hal2 ilmu Islam secara mendalam, tapi aku dok perati la bila dia orang dok ambik air sembahyang pakai yang wajib je, kaki pun kira gosok dari atas je berbekal kan air dari atas kepala je, bukan macam kita kena basuh sampai buku lali baru sah, dia orang senang je. Sembahyang lak boleh kumpul Zohor+Asar, Magrib+Isyak dan Subuh. Aku dengar bila je keluar dari pintu rumah dia dah di anggap musafir. Mula2 aku datang 22 hari yang lepas tertanya tanya lak aku, kenapa aku dengar azan subuh, zohor dan magrib je, dok le tunggu masuk waktu Isyak, rupanya tak bunyi sampai sudah jadi aku sembahyang pukul 830pm ikut waktu isyak di Malaysia, masa tuh kira tawakkal lah. Yang lain2 tak de komen la, dia orang semua kira ikut Islam la. Dan makwe makwe dia orang ramai yang pakai scaff je sebagai satu syarat, redha dalam terpaksa…..aku rasa le sebab dia orang bukanya suka sangat pakai tudung nih, tengok rambut makwe dan makcik dia orang pun pakai yang bercolor color tuh, apa dye ke apa, ala ala minah salleh gitu. Entah leeee…..sebuah negara Islam namanya, tapi baik le dari Malaysia dari segi kegilaan minum ke disco pub ke, sini apa pun tak da, dia orang nak minum nak enjoy masuk rumah semua, dalam rumah apa apa pun boleh bikin.

Yang kesian nya aku, aku kat sini dok teringat asam pedas kepala ikan yang bini aku dok selalu masak, aku memang cukup syok bila makan kepala ikan merah masak asam pedas, tak yah lauk apa lagi dah – dok irup kuah dia tu jelah…pehhh terasa nak makan asam pedas le pulak…mana nak cari kat sini? Kena masak sendiri lak le, apa nak masak nya, cili kering pun tak pernah aku nampak….dan sepanjang 22 hari nih terpaksa le aku makan nasik dia dan ayam kebab, boleh dikatakan hari hari….lemah lemah, tapi apa kan daya bini dok jauh…..

Hari ni bangun pagi borak dengan bini kejap melalui Skype – bukan kejap le, satu jam setengah la jugak, dia dok cerita yang kakak nya dah bising sebab aku tak leh balik 25hb December nih sebab anak sulong nya nak melansungkan perkahwinan dekat kampung dia di Muar. Apa nak buat kak, cari makan nih, lagi pun aku baru je datang sini 22 hari, tak kan le dah nak balik….tak balik modal nanti dengan tiket nya beribu. Sama je aku buat dengan kakak sendiri, aku tak tahu le kakak aku tu ambik hati tak dengan aku sebab tak hadir ke majlis perkahwinan anak sulong nye jugak sehari sebelum aku nak datang sini, tapi rasanya okay kot sebab aku dah salam kaut dengan dia, kira beres la harap2. Tapi kadang2 perhubungan kekeluargaan tidak semesti nya dapat dibeli dengan wang ringgit, aku cukup jaga dalam bab bab nih, tapi aku tu dah kira terpaksa disebab kan flight aku esoknya, nak travel lagi pergi ke Raub dan nak bermesra dengan anak bini lak sebelum berlepas kesini. Kesian anak bini aku, aku cakap dengan dia, nanti datang la sini bila dah settle dekat sini, sekarang bapak datang le dulu, ala macam tahun2 lepas gak...sama je style nya, sempat jugak sebulan dua aku dok sorang sana, tapi boleh di handle la sebab aku balik sebulan sekali, kadang kadang tu aku balik weekend je, malam Khamis fly dan malam Sabtu mai Dhaka balik....sempat le cium anak2 disamping dapat cium bini.

Sepanjang kita orang dok sana memang seronok seperti yang aku dah cerita dalam posting aku yang lepas dan setahun lebih berlalu dengan cepat sekali dan kini aku mengulangi dan mengharungi hari2 yang sama aku tempuhi masa yang lepas...dan 22 hari berlalu bersama keboringan di hati. Apa2 pun aku kuatkan semangat dan pikir yang dekat Malaysia lonni dah tak de kerja, terpaksa le aku dok kerja dekat luar. Aku sebenarnya base dekat Shenzen di China tapi kerja aku ialah menolong reginal office around the world menyempurnakan projek2 yang tak leh jalan dan tak tahu nak jalan dan tak siap2. Maka datang lah aku kesini disamping kalau ada project aku akan stay le dekat sini for minimum setahun, kalau everthing dah okay maka aku berangkat le balik ke China. Bila teringat kan pasal China nih, kenapa ye aku base dekat sana padahal dekat KL pun ada regional office. Sebenarnya aku dah apply untuk pindah ke KL dan support Asia Pacific punya kerja je, dan dengar dengar dah approved. Tapi dengar je lah tak de confirmation. Jadi mohon kawan2 doakan aku dapat balik ke kawasan Asia Tenggara...(lama tak dengar perkataan tuh)..dan dapat le dekat sikit dengan anak biniku, di sebab kan isteri dan anak2 ku mengambil keputusan nak terus dok KL je tanpa ikut aku kemana mana, susah katanya anak2 nak sekolah, nanti tak bersijil lak anak2 aku tuh. Betul jugak kan??? Anak dah nak masuk darjah 6, walaupun international school menawarkan subject yang setahun lebih advance tapi tak de lak sijil dan tak leh le masuk asrama penoh anak2 ku tuh...

Sambung....nak gi sembahyang Jumaat dekat Indonesia Embassy di Shohada Street.

Ok aku dah balik berjumpa kawan kawan dekat embassy sana, kita buat sembahyang jumaat dekat indonesia embassy je, hari ni ada le 10-12 orang melayu sempat jumpa itu tak campur le bapak2 indon yang bekerja di embassy tuh, aku nampak ramai le jugak, boleh buat kawan laa, kawan borak..kebanyakan brother2 yang datang tu dari Egypt, Jordan, Africa coutries, Pakistan ..nak di senangkan cerita yang ikut sunni la, kalau geng2 syiah nih mulla mulla dia je sembahyang, dah menjadi fardhu kifayah lak dia orang nih pasal jumaat. Aku ingat bangsa dia le yang kena sumpah jadi kera tuh...betul ke? Aku main hentam je, sebab kadang2 aku boring dengan dia orang, berlagak semacam, tak de marketting/communication skill langsung!!!!.lepas tuh berlagak dan angkuh padahal benggong......

Semalam aku boring giler lagi sebab Khamis dan Jumaat sini tak kerja, jadi dalam pukul 2 petang gitu aku call member aku nih ajak dia pergi jalan2 dekat Bozzo Bazaar ( Pasar Besar le), dia bercadang nak beli beg sebab beg yang dia bawak dah tak cukup... dia shopping sakan sampai tak muat beg tuh....aku yang mengiringi jugak sambil2 survey barang2 yang aku nak pindah nanti contoh dia makanan2 basah dan kering le, ada le nampak serbuk kunyik dan lain2, tapi tak de cili punya serbok....dia orang nih memang tak suka makan pedas, dia orang suka makan masam, itu pasal dia orang slim dan tak de gemok2...aku rasa le, tapi kena tanya doktor le kalau nak pengesahan.


Betapa ramainya manusia di atas muka bumi nih, tengok le.....aku mula mula pun tak percaya yang ada manusia seramai nih dekat bazaar. Tapi betul jugak sebab bazar dia pun tak habis nak jalan, lengoh rasanya kaki bila bilek, tapi okay le pengalaman yang bermakna di tempat orang.

Hari ni aku tak tahu nak buat apa lagi, hidup dekat sini memang bagi aku memboringkan pertamanya semua kedai tutup pada hari Jumaat, aku nak makan pun susah, nak room service dah tak lalu aku nak telan benda yang sama, apa2 pun terpaksa lah aku makan roti dengan butter, roti lak roti keras yang dia masak dalam batu sungai ke apa? Tapi memang batu dia tampal2kan gandum dekat besi dia campak nya dalam batu yang panas, aku tanya apa bende tuh, dia jawab ini le cara traditional dia orang buat roti, harga dia dalam 1800 rials kot sekeping, aku pun belasah tu jelah...dah tak da apa kat bilek aku nih, makan le apa yang patut dan lepas ni aku pun nak beradulah ...dah tak da apa nak buat...

Salam.

Friday, December 09, 2005

Awal tahun, aku dok la boring macam nih, sebab anak bini ada bersama di Dhaka, kini aku di attached kan di Tehran, dan terpaksa le datang sorang2 dulu, kesian aku. Dok di Dhaka amat menyeronokkan pertamanya ada anak bini dan keduanya ada ramai geng2 melayu yang mencari rezeki di tanah Bangla. Miss betul la dia orang kat sana....masa kita orang nak meninggal kan Dhaka baru baru nih, pehhhh...bini dan anak2 ku bershopping sakan dekat sana, terutama nya pakaian dan pinggang mangkuk (3 set dibelinya!!!!)....comel2 you. dan murah sangat...jeluar jeans (semua brand ada) baru le 200taka=RM12...export quality beb...tapi sebenarnya ade le defect sikit yang orang tak perasan...tapi ada ke jeans GAP /Dockers ke RM12 dekat KL?...tapi kita nengok je lah..orang laki apa la nak beli dekat sana, beli habuk boleh laa...sebab dekat sana memang berabuk 24 jam..

Disebab kan setahun lagi anak ku tu nak periksa ala darjah nam tuh, UPSR maka mak dia cakap tak yah le datang sinih, lagi pun susah anak aku tu tak de periksa apa2 dekat sini, dekat malaysiakan ada upsr la, pmr la...macam2 r hingga tak terdaya budak2 sekolah tuh,,,kesian ....masa aku sekolah dulu tak da la macam tu terok...

Salam.
Boringg!!! aduh betapa boringnya hari ini!!!! Bangun pukul 530am terus tak leh tidor.....lepas breakfast masuk bilek lepak tengok CNN jap, lepas tu bangun duduk bangun duduk tak tahu nak buat apa...mula la teringat anak bini yang jauh dimata....

Lepas sembahyang Jumaat tadi jumpa kawan2 melayu 4-5 orang, dah borak sakan... ingat kembali le ketabahan ....rupa2nya balik bilek terasa nya pilu...bini kuuuuuuuuuu.......anak2 ku....

Sampai lonni masih boring giler, nak surf dah tak de apa nak di nengoknya....ada apa2 cadangan ke kekawan semua....

Salam.

Monday, December 05, 2005

IKE KIKIK MOK ELOK ELOK
Assalamualaikum sedara sedari, kawe ni baru nok try bendo blog blog nih, dok rajin hayak idok main menate nih, ado lok member sinih recommed godek bendo nih jaddi ralek, dok ingak anok bini sikit, sekalo buko pintu apartment nampok anok2 senyum, nih katil pun dok lalu sengih.

Apa2 pun male nih male kawe paling sedih bak make sinih, order roasted chicken sapa bendo lain, frust2, menu siak english perfect, kecek yes no no....bak kato gu hok dok so hotel denge kawe tuh paka jah semak2 kaloh mat salleh, tapi kecek po taik kucing sepatah hare dok reti ore putih..maka denge sedih nya kawe hayun sore, gu kawe tuh dok lek tahe doh nok hayun mat iran tuh, kawe pun terpaksa sebab tengahari dok de lunch, ado meeting dengan contractor sinih, samo jah mano2 puak iran nih seremo auta, kaki belik...hok tak dok jadi ado..auta auta.

Jadi male nih ambo try jah dulu, kalu suka main gonni ambo teruh ke lah.....

Salam untuk semua.