Tuesday, January 10, 2006

Hari Raya Qurban

Dan hari ini hari Selasa 10th January 2006, umat Islam seluruh dunia meraikan hari yang mulia ini, Aidi Adha. Ada yang suka puasa sunat dah pun puasa semalam. Dan hari ni lah jugak aku terpaksa kerja kerana di sini hari raya Aidil Adha nya hari Rabu, besok.....sabar je Iran nih pelik dan banyak sangat le benda tak sehaluan dengan negara Islam lain. Apa nak buat.....alim ulama kan ramai kan sini biar le dia jawab.

Aku dah skip sembahyang sunat raya dan kutbah hari raya di sebabkan opis aku tak tutup, oleh kerana Malaysian Embassy jemput all Malaysian dekat sini termasuk le Cina dan India datang meraikan aku pun berhelah le dengan boss yang aku ada meeting dengan contractor...padahal aku ni pergi dekat embassy pekena nasik beriani...peh...sekali sekala makan masakan melayu ni, terangkat le jugak dan sampai bila aku balik opis terlentuk sekejap. Dah le cab driver benggap, jalan pi embassy pun tak tahu alasan nya aku tulis alamat ikut rumi dan bukan ikut Parsi, mau sejam gak aku nak sampai ke embassy padahal kalau aku jalan 20 minit dah sampai dekat ofis dia orang...tapi hari ni salji turun terlalu lebat..kena le naik cab...

Dah sampai dekat pukul 2 petang....acara semua dah habis, Cuma aku sampai tu betul2 masa untuk makan, aku tengok boleh tahan jugak le ramai nya datang termasuklah Indonesia Embassador dan Brunei Embassador. Dah tengok orang dok makan, aku pun hayun le nasik briayi sampai bertambah2...lepas tu pekena lak buah melaka kegemaran ku dan acara seterus nya baru le aku salam dengan Dato’ dan kawan2 Malaysian lain. Melayu kat sini kira dasyat le jugak, ada kahwin dengan mamat Jerman, ada kahwin dengan mamat Iran....boleh tahan yek perempuan melayuuuu.( bukan yang terakhir.....), di jamin esok kaum melayu jadi macam bangsa cina yang sekarang nih tengah menguasai dunia...mana2 pergi pun, mesti jumpa dia orang...tak kira le yang dari Malaya atau pun tanah besar China. Aku pun agaknya macam cina yek...dah le report dekat Shenzen, China – aku punya base....sah Cina.

Ada jumpa minah Penang kahwin dengan mamat Iran nih, dah dok sini tujuh tahun bebbbbb...dan dok le borak2, dia cakap aku ni rindu le sangat nak tengok Malaysia, dah lama tak balik, kesian minah nih, tapi dia okay le, tak de lah bangga diri macam mamat2 iran nih, berlagak nak mam**s. Kita tak sempat borak panjang sebab aku nampak dia masa last last dia salam nak balik je, dia ajak pi rumah tapi biasa le segan la, dia cakap kalau datang kita pi Bazar Bozor, tepi rumah dia je, aku cakap Insya Allah je lah, lagi pun bini orangggggg...

Lain2 cerita untuk di laporkan setakat ni tak da la sebab aku dok sini hari2 macam biasa je, tak da benda yang pelik berlaku lagi. Dan aku akan balik menjeguk bini dan anak2 pada 20th January 2006 selama seminggu...yesssssssssss. Akhirnya aku balik untuk sementara....

2 comments:

cindai lela said...

itu le, pusing sana pusing sini, penat dok dalam teksi tuh...salam. Lawa blog baru Ailin....

Zul Abdullah said...

salam perkenalan cindai..