Thursday, December 29, 2005

Ala Hai......

Selamat menyambut tahun baru kepada kawan2 sekalian, dah sebulan lebih aku mengembara di tanah asing tanpa keluarga tercinta di sisi. Perasaan rindu dekat bini dan anak anak dah terasa sangat, macamana nak sampai dua bulan nih....ingat nak dua bulan sekali balik tengok dia orang...baru sebulan 5 hari aku dekat sini tapi rasa dah rindu semacam je....sabar je lah banyak2 Cindai....segala nya dah di tentukan oleh Allah S.W.T. Mungkin dah begini tertulis nasib ku, mengembara, mencari rezeki di bumi asing, di tempat orang. Kalau pikir pikir boleh leleh airmata ku nih dibuat nya, tapi sabar Cindai ...sabar banyak2 orang lain pun kerja jauh macam hang jugak. Mungkin satu hari kau dapat balik kerja dekat KL yang indah itu....Insya Allah.

Dan lusa – 31st December, merupakan harijadi anak bongsu ku....yang keempat dan yang terakhir, baru setahun, ini anak dara ni cukup menarik..... tembam you...dan yang paling menarik bila dia senyum...best. Kakaknya cakap si bongsu nih dah tumbuh gigi dan dah mula jalan, bestnya kalau aku dapat bersama makya menikmati dan menjaga anak yang tengah nak membesar. Selamat Harijadi bongsu ku.

Esok biniku dan anak2 akan bertolak dari kampung, Muar ke KL setelah dua minggu tinggal dengan atuknya dan kebetulan kakak iparku melangsungkan perkahwinan anak sulongnya pada 25th December 2005 lalu, tahniah kakak ku kerana dapat menantu yang pertama. Juga buat anak buah ku, jangan ambik hati kerana tak dapat balik ketika perkahwinan di langsungkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan selamat memulakan penghidupan berumah tangga. Teringat aku masa mula2 kahwin 12 tahun yang lalu....susah nya untuk memulakan sebuah kehidupan bersama isteri tercinta kerana kesuntukan dari segi keewangan..maklumlah aku datangnya dari keluarga miskin, mak bapak aku dok kampung tanam padi je....itu pun kalau di kenang kenangkan sedih giler....tapi Alhamdulilah, dengan kehadiran anak anak, rezeki kami bertambah dan tidaklah susah sangat macam masa mula2 kahwin dulu..dan berbekal kan keyakinan bahawa Allah janjikan rezeki kepada setiap anak, maka kehidupan kami mula berubah dan ianya disedari oleh kami suami isteri dengan penuh keSyukuran... Alhamdulillah, sesungguhnya Engkau lah yang Maha memberi rezeki.

Aku dah dapat bayangkan kesusahan bini ku menyediakan segala peralatan sekolah, baju, kasut sekolah baru dekat anak2 ku yang perempuan sulong dan yang lelaki kedua. Anak kami dua pasang – dua laki dan dua perempuan, semuanya manja bapak, tapi dah sebulan lebih dah tak dapat bermanja manja dengan bapak. Kesian anak perempuan sulongku tu, aku nak mai sini dia dah pandai menangis....tapi aku rasa bini aku boleh buat sebab dia tu lain sikit independent nya. Balik esok terus pergi beli baju,seluar kasut dan buku sekolah, apa2 pun belum beli lagi nak sekolah nya lagi tiga empat hari ye tak. Harap2 okay le kot bini aku buat sendiri.

Hari ni hari Khamis, dekat sini cuti, esok Jumaat jugak cuti, maka dua hari ni le paling aku tak tentu arah. Nak gi opis nanti dia orang kata aku ni rajin sangat terutama masa tak da kerja gini, kalau ada kerja aku pergi je, lepak2 sambil siap kan kerja, report ke apa ke, ini kerja pun belum tentu jalan lagi walau kontrak dah sian. Kejap tadi kawan lama TMI dekat KL email aku dan dia nak mai sini pada 6.1.2006 dan akan tinggal di Iran dalam beberapa bulan. Selamat datang kawan ku tapi dia tak akan tinggal di Tehran, dia kena posting dekat Esfahan which is satu jam dari sini, kalau ambik flight la, kalau drive maunya satu hari. Mesti dia mati kutu macam aku kat sini sebab dekat sana lagi le batang hidong melayu lagi le tak nampak. At least aku dekat sini setiap Jumaat tu mesti jumpa kawan kawan yang lima nam orang tuh, mesti borak panjang sampai ke petang. Itu terjadi minggu lepas bila kita lepas sembahyang Jumaat, si brother embassy ni ajak makan rumah dia, apa lagi, tak lepas kan peluang la ...pekena sambal belacan, dua pinggang aku tambah, segan ada malu ada tapi dah sebulan kan tak kena curry dengan sambal belacan, belasah je lah. Lepas tu kita borak pasal mancing le, pasal golf la sampai le asar terlepas, sedar2 dah masuk magrib, apa laa....$##$%...sorang pun tak sempat sembahyang asar...tapi at least aku ada kawan2 walau masing2 tinggal jauh antara satu sama lain.

Hari nih, aku pagi2 lagi siap nak jumpa kawan2 dari Mercy dekat Laleh International Hotel, lepak2 jelah dan cerita macamana kehidupan BAM setelah berlakunya gempa bumi yang dasyat tempohari. Itu le kerja dia orang tanpa mengharap balasan apa apa dari umat manusia. Mereka rela mengorban kan diri untuk menolong manusia sejagat yang didalam kesusahan, walau kena tembak. Mampu kah kita melakukan seperti dia orang laku kan???? Kena tanya diri kita....nanti kita mesti pikir kalau aku tolong orang anak bini aku tak terjaga macamana ehhh??? Eshhhhhh. Tapi kira aku respect la dia orang nih, walaupun sibuk dengan tugas2 atau business masing masing, mereka sempat lagi mengaturkan masa untuk beramal dan menolong pada yang memerlukan...tahniah MERCY...wa tabik lu.

Lepas lepak tu aku pi la groceries, hari ni aku beli sebungkus spagetti which is aku dah masak ala mee goreng dah tadi, buah2 dan roti untuk aku breakfast esok, esok hari Jumaat kan...dan bila dah siap masak, makan dan lepak depan TV, tengok le CNN pasal gaduh Israel dengan Palestine nih. Tengok je lah...dalam hati, pi mampus le Israel...apenya le perjanjian damai apa ke...dah tertulis dah umat Islam dan Israel nih tak kan dapat berkawan nyeee. Lepas tuh aku siapkan baju dan seluar aku untuk kerja minggu depan, apa lagi gosok le siap2 lima baju dan lima seluar, kesian aku. Dan yang paling tak syok malam nih ialah kesemua aku punya heater tak berfungsi, aku tak dapat bayangkan aku nak tidor macamana malam nih, ni boleh le tahan sejoknya. Aku rasa kena la pakai t shirt banyak2, jaket dan pakai dua tiga selimut, boleh le kot sementara nak tunggu esok.....esok Jumaat dan dapat le jumpa dan bercakap melayu lagi......

Semoga anak bini aku selamat sampai ke KL esoknya, dan kepada kawan2 sekali lagi Selamat Menyambut Tahun Baru 2006, semoga kita sama sama berjaya dunia dan akhirat.

Wassalam.

No comments: