Saturday, December 31, 2005

Bila Lagi Aku nak Balik...

Jumaat, semalam – aku pagi pagi lagi bangun untuk bertemu dengan kawan Mercy yang datang merasmikan satu projek hospital di BAM, it was very nice building made by Iranian contractor ever. Hospital tu macam hotel pulak. Gambar tu telah di tunjuk kan kepada aku melalui digital kamera nya sahaja dan aku tak dapat le nak publish kan dekat sini. Sebenarnya kawan aku ni kira ketua operasi MERCY di Acheh, di sebab kan dulu dia pun bertanggung jawab untuk mangsa mangsa BAM, maka dia pun datang lah jugak mengiringi President Mercy, Dato’ Dr Jamilah dan Datin Susan, one of the volunteer jugak.

Masa tu dah pukul 10:00 pagi dan sambil sambil kami borak tu, teringat dia nak cari cendera mata dekat isteri dan kawan kawan tersayang di Malaysia. Maka di sebab kan semalam kebanyakan kedai2 di sini tutup, kami dengan berkeyakinan pergi ke satu shopping center yang terletak di Tajriz Square. Syukur kerana ada jugak kedai kedai yang bukak walau separuh tu tutup, sedar tak sedar kami berjalan dan aku mengiringi kawan ni, waktu dah menunjukkkan 1230 tengahari, gelabah aku kerana sembahyang Jumaat dekat Indonesia Embassy mula pada pukul 1245 tengahari. Kerana tempat ni kira jauh jugak dari Embassy, kami bercadang melalukan sembahyang Zohor sahaja bila sampai ke hotel penginapan dia. Pusing punya pusing, waktu menunjukkan pukul 230 petang, dan perut kami mula terasa lapar....dan dengan itu kami pun singgah di satu kafe masakan cina, tapi pak Iran yang masak, kami pun berenti le makan, si kawan aku ni makan meggi goreng dan aku pekena nasik goreng cina, boleh le untuk mengalas perut yang kelaparan nih.

Lepas makan, kami take a cab dan sampai di hotel penginapan kawan aku, sampai je aku terus sembahyang Zohor, dan menunggu Asar pada 330 petang. Kami sambung borak dan kerja Mercy ni pun macam aku jugak rupanya, tinggal anak bini. Sebenarnya brother ni base dekat Niaz Island, Aceh dan menjaga segala operasi Mercy di sana. Dia cerita le macamana sebuah kapal besar tersadai di tengah tengah perkampungan dan kalau di fikirkan tidak ada jalan lain untuk membawa keluar semula kapal tersebut melainkan merobohkan 5 ke 6 rumah penduduk di sana kerana kapal tu di kelilingi oleh rumah2 penduduk dan juga cerita tak lain tak bukan tentang keajaiban sebuah masjid yang tidak lekang pun dek pukulan ombak Tsunami walau kawasan sekeliling nya hancur berkecai.
Itu lah kuasa Allah. Dan juga yang paling menyentuh hati ku bila membaca satu keratan akhbar di Harian Metro yang di tunjukkanya mengisah kan tentang kerinduan seorang anak perempuan yatim piatu, korban Tsunami kepada Norazam. Di harap saudara Norazam tidak marah kerana publish kan namanya di public posting ini. Dan di antara intipati nya yang menyentuh hati aku ialah ” Kami rindu kan Pak Azam, kami tahu Pak Azam sibuk dengan tugas2 membantu, jika ada kelapangan jengok jengok lah kami di Lampook ini” Betapa pengorbanan saudara Azam kita ni kepada masyarakat Acheh begitu di hargai sehingga membawa kesan yang mendalam kepada hati masyarakat di sana. Semoga pengorban brother Azam di berkati oleh Allah hendaknnya, Insya Allah.

Jam dah menunjukkan 520 petang, dan tiba waktunya sembahyang Magrib dan kami sempat berjemaah sebelum saudara kita ni bergerak menuju ke Imam Khomeini Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Lepas kami turun dan menenemui Dato Dr Jamilah dan Datin Susan, it is also time for me say good bye to saudara Noarazam, sempat pelok arab lagi. Dan beliau akan berada di KL selama 5 hari, bermesra dengan anak bini, dan dia akan ke Niaz lagi untuk melaksanakan tanggung jawab yang masih belum selesai. Selamat berangkat saudara Azam.

Lepas tu aku pun balik le ke apartment ku, lepak, sembahyang dan tidor kerana hari esoknya aku memulakan kerja untuk satu minngu lagi.

Dan pagi tadi aku dah mula Skype dengan biniku dan anak2 kerana mereka telah selamat sampai ke KL, syukur Alhamdulillah.

Wassalam.

No comments: