Friday, December 16, 2005

22 Hari Sudah Berlalu

Sedar tak sedar aku dah dua puluh dua hari berada di sini. Di pendekkan cerita aktiviti ku hanyalah sama setiap hari dan tidak sedikit pun berubah sepanjang waktu itu. Bangun pagi mandi pergi office, petang balik mandi, makan dan tidor, bangun lak esok pagi dan aku buat bende yang sama je hari hari. Dan kadang kadang aku bernasib baik di sebab kan rakan senasib aku masih berada di sini sepanjang waktu itu, kalau boring, lepas balik kerja tu call dia dan kita pergi jalan jalan sepanjang steet tempat kami semua menginap walaupun kadang2 tak beli apa2 pun....sekadar berjalan dan tengok pemandangan. Boleh le...ini aku tak dapat bayang kan macamana aku nak dok sorang sorang di bumi asing ni setelah brother kita tu dah nak balik pada minggu depan....pengsan aku. Tapi okaylah sebab aku pun nak pindah ke apartment baru dekat dengan office, jadi dengan suasana baru aku cuba sesuai kan diri sendiri dan cuba berkawan dengan bantal, tilam dan TV. Aku kira bersyukur sebab di apartment baru tu akan tuan nya sediakan semuanya, termasuk le cable TV haram – tak laa boring sangat boleh le membelek2 semua siaran yang ada. Kalau dekat sini peeehhh...semua bahasa dia, paling kuat boleh le aku ON kan CNN or BCC tu 24 jam, biar dia bercakap sorang sorang.

Aku macam biasa bangun pagi seawal 530 am. Dah menjadi tabiat agaknya, asal 530 am je bangun. Mungkin aku dapat latihan masa aku di Bangla dulu sebab bila 530am terdengar azan sekuat kuatnya di sebabkan apartment ku di sebelah masjid di situ, jadi aku pun dah biasa macam tuh…dekat sini pun aku dengar jugak sayup2 tapinya, yang aku dengar lain sikit azan nya…..dalam azan tu mesti ada ALI…..yaaa Ali selepas Mohammad rasulu-allah.Aku pun tak berani comment la pasal geng geng dia nih sebab aku ni bukan nya bijak pandai dalam hal2 ilmu Islam secara mendalam, tapi aku dok perati la bila dia orang dok ambik air sembahyang pakai yang wajib je, kaki pun kira gosok dari atas je berbekal kan air dari atas kepala je, bukan macam kita kena basuh sampai buku lali baru sah, dia orang senang je. Sembahyang lak boleh kumpul Zohor+Asar, Magrib+Isyak dan Subuh. Aku dengar bila je keluar dari pintu rumah dia dah di anggap musafir. Mula2 aku datang 22 hari yang lepas tertanya tanya lak aku, kenapa aku dengar azan subuh, zohor dan magrib je, dok le tunggu masuk waktu Isyak, rupanya tak bunyi sampai sudah jadi aku sembahyang pukul 830pm ikut waktu isyak di Malaysia, masa tuh kira tawakkal lah. Yang lain2 tak de komen la, dia orang semua kira ikut Islam la. Dan makwe makwe dia orang ramai yang pakai scaff je sebagai satu syarat, redha dalam terpaksa…..aku rasa le sebab dia orang bukanya suka sangat pakai tudung nih, tengok rambut makwe dan makcik dia orang pun pakai yang bercolor color tuh, apa dye ke apa, ala ala minah salleh gitu. Entah leeee…..sebuah negara Islam namanya, tapi baik le dari Malaysia dari segi kegilaan minum ke disco pub ke, sini apa pun tak da, dia orang nak minum nak enjoy masuk rumah semua, dalam rumah apa apa pun boleh bikin.

Yang kesian nya aku, aku kat sini dok teringat asam pedas kepala ikan yang bini aku dok selalu masak, aku memang cukup syok bila makan kepala ikan merah masak asam pedas, tak yah lauk apa lagi dah – dok irup kuah dia tu jelah…pehhh terasa nak makan asam pedas le pulak…mana nak cari kat sini? Kena masak sendiri lak le, apa nak masak nya, cili kering pun tak pernah aku nampak….dan sepanjang 22 hari nih terpaksa le aku makan nasik dia dan ayam kebab, boleh dikatakan hari hari….lemah lemah, tapi apa kan daya bini dok jauh…..

Hari ni bangun pagi borak dengan bini kejap melalui Skype – bukan kejap le, satu jam setengah la jugak, dia dok cerita yang kakak nya dah bising sebab aku tak leh balik 25hb December nih sebab anak sulong nya nak melansungkan perkahwinan dekat kampung dia di Muar. Apa nak buat kak, cari makan nih, lagi pun aku baru je datang sini 22 hari, tak kan le dah nak balik….tak balik modal nanti dengan tiket nya beribu. Sama je aku buat dengan kakak sendiri, aku tak tahu le kakak aku tu ambik hati tak dengan aku sebab tak hadir ke majlis perkahwinan anak sulong nye jugak sehari sebelum aku nak datang sini, tapi rasanya okay kot sebab aku dah salam kaut dengan dia, kira beres la harap2. Tapi kadang2 perhubungan kekeluargaan tidak semesti nya dapat dibeli dengan wang ringgit, aku cukup jaga dalam bab bab nih, tapi aku tu dah kira terpaksa disebab kan flight aku esoknya, nak travel lagi pergi ke Raub dan nak bermesra dengan anak bini lak sebelum berlepas kesini. Kesian anak bini aku, aku cakap dengan dia, nanti datang la sini bila dah settle dekat sini, sekarang bapak datang le dulu, ala macam tahun2 lepas gak...sama je style nya, sempat jugak sebulan dua aku dok sorang sana, tapi boleh di handle la sebab aku balik sebulan sekali, kadang kadang tu aku balik weekend je, malam Khamis fly dan malam Sabtu mai Dhaka balik....sempat le cium anak2 disamping dapat cium bini.

Sepanjang kita orang dok sana memang seronok seperti yang aku dah cerita dalam posting aku yang lepas dan setahun lebih berlalu dengan cepat sekali dan kini aku mengulangi dan mengharungi hari2 yang sama aku tempuhi masa yang lepas...dan 22 hari berlalu bersama keboringan di hati. Apa2 pun aku kuatkan semangat dan pikir yang dekat Malaysia lonni dah tak de kerja, terpaksa le aku dok kerja dekat luar. Aku sebenarnya base dekat Shenzen di China tapi kerja aku ialah menolong reginal office around the world menyempurnakan projek2 yang tak leh jalan dan tak tahu nak jalan dan tak siap2. Maka datang lah aku kesini disamping kalau ada project aku akan stay le dekat sini for minimum setahun, kalau everthing dah okay maka aku berangkat le balik ke China. Bila teringat kan pasal China nih, kenapa ye aku base dekat sana padahal dekat KL pun ada regional office. Sebenarnya aku dah apply untuk pindah ke KL dan support Asia Pacific punya kerja je, dan dengar dengar dah approved. Tapi dengar je lah tak de confirmation. Jadi mohon kawan2 doakan aku dapat balik ke kawasan Asia Tenggara...(lama tak dengar perkataan tuh)..dan dapat le dekat sikit dengan anak biniku, di sebab kan isteri dan anak2 ku mengambil keputusan nak terus dok KL je tanpa ikut aku kemana mana, susah katanya anak2 nak sekolah, nanti tak bersijil lak anak2 aku tuh. Betul jugak kan??? Anak dah nak masuk darjah 6, walaupun international school menawarkan subject yang setahun lebih advance tapi tak de lak sijil dan tak leh le masuk asrama penoh anak2 ku tuh...

Sambung....nak gi sembahyang Jumaat dekat Indonesia Embassy di Shohada Street.

Ok aku dah balik berjumpa kawan kawan dekat embassy sana, kita buat sembahyang jumaat dekat indonesia embassy je, hari ni ada le 10-12 orang melayu sempat jumpa itu tak campur le bapak2 indon yang bekerja di embassy tuh, aku nampak ramai le jugak, boleh buat kawan laa, kawan borak..kebanyakan brother2 yang datang tu dari Egypt, Jordan, Africa coutries, Pakistan ..nak di senangkan cerita yang ikut sunni la, kalau geng2 syiah nih mulla mulla dia je sembahyang, dah menjadi fardhu kifayah lak dia orang nih pasal jumaat. Aku ingat bangsa dia le yang kena sumpah jadi kera tuh...betul ke? Aku main hentam je, sebab kadang2 aku boring dengan dia orang, berlagak semacam, tak de marketting/communication skill langsung!!!!.lepas tuh berlagak dan angkuh padahal benggong......

Semalam aku boring giler lagi sebab Khamis dan Jumaat sini tak kerja, jadi dalam pukul 2 petang gitu aku call member aku nih ajak dia pergi jalan2 dekat Bozzo Bazaar ( Pasar Besar le), dia bercadang nak beli beg sebab beg yang dia bawak dah tak cukup... dia shopping sakan sampai tak muat beg tuh....aku yang mengiringi jugak sambil2 survey barang2 yang aku nak pindah nanti contoh dia makanan2 basah dan kering le, ada le nampak serbuk kunyik dan lain2, tapi tak de cili punya serbok....dia orang nih memang tak suka makan pedas, dia orang suka makan masam, itu pasal dia orang slim dan tak de gemok2...aku rasa le, tapi kena tanya doktor le kalau nak pengesahan.


Betapa ramainya manusia di atas muka bumi nih, tengok le.....aku mula mula pun tak percaya yang ada manusia seramai nih dekat bazaar. Tapi betul jugak sebab bazar dia pun tak habis nak jalan, lengoh rasanya kaki bila bilek, tapi okay le pengalaman yang bermakna di tempat orang.

Hari ni aku tak tahu nak buat apa lagi, hidup dekat sini memang bagi aku memboringkan pertamanya semua kedai tutup pada hari Jumaat, aku nak makan pun susah, nak room service dah tak lalu aku nak telan benda yang sama, apa2 pun terpaksa lah aku makan roti dengan butter, roti lak roti keras yang dia masak dalam batu sungai ke apa? Tapi memang batu dia tampal2kan gandum dekat besi dia campak nya dalam batu yang panas, aku tanya apa bende tuh, dia jawab ini le cara traditional dia orang buat roti, harga dia dalam 1800 rials kot sekeping, aku pun belasah tu jelah...dah tak da apa kat bilek aku nih, makan le apa yang patut dan lepas ni aku pun nak beradulah ...dah tak da apa nak buat...

Salam.

No comments: